Saham KL tinggi pada tengah hari ekoran berita positif pengubahsuaian bajet - pakdin.my

BERIKUTAN jangkaan berita-berita positif daripada pengubahsuaian Bajet 2016, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.27 peratus lebih tinggi pada akhir dagangan pagi.
BERIKUTAN jangkaan berita-berita positif daripada pengubahsuaian Bajet 2016, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.27 peratus lebih tinggi pada akhir dagangan pagi.

Berikutan jangkaan berita-berita positif daripada pengubahsuaian Bajet 2016, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.27 peratus lebih tinggi pada akhir dagangan pagi, walaupun pembukaan yang rendah.

Pada rehat tengah hari, FBM KLCI menokok 4.39 mata kepada 1,635.93, daripada 1,631.54 pada penutupan semalam.

Indeks utama dibuka 0.06 mata lebih rendah kepada 1,631.48, didorong oleh prestasi semalaman yang lebih baik di Wall Street.

Kedudukan pasaran bagaimanapun masih negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 429 berbanding 250, manakala 305 kaunter tidak berubah, 793 tidak diniagakan dan 68 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 862.76 juta saham bernilai RM667.02 juta.

Bursa Malaysia pada tengah hari diperkukuh oleh keuntungan dalam syarikat berkaitan kewangan, diketuai kaunter perladangan, perbankan serta minyak dan gas.

Kaunter wajaran tinggi, Sime Darby menokok 10 sen kepada RM7.33, KL Kepong menambah 32 sen kepada RM23.08, Petronas Gas meningkat 24 sen kepada RM22.12, Petronas Dagangan untung 20 sen kepada RM24.62, manakala CIMB menambah 4 sen kepada RM4.08.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 15.73 mata kepada 11,351.81, Indeks FBMT100 meningkat 18.34 mata kepada 11,060.25, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 16.17 mata kepada 12,249.84.

FBM 70 susut 20.11 mata kepada 12,568.60, manakala FBM Ace meningkat 12.37 mata kepada 5,805.46.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 14.63 mata kepada 3,178.89, Indeks Kewangan menambah 13.25 mata kepada 13,609.47, manakala Indeks Perladangan menokok 25.13 mata kepada 7,516.94.

Antara kaunter aktif, Xidelang dan AirAsia X masing-masing meningkat setengah sen kepada 5.5 sen dan 23.5 sen, Xinghe tidak berubah pada 5.5 sen, manakala XOX Bhd menokok satu sen kepada 19.5 sen.

UTAMAEKONOMISaham KL tinggi pada tengah hari ekoran berita positif pengubahsuaian bajet

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium