Saifuddin Nasution Orang Suruhan Tokong Guan Eng Tak Tahu Fakta Menyuruh Orang Lain Menyemak Fakta Mengenai Ekonomi Pulau Pinang - pakdin.my

Semak fakta ekonomi sebelum hentam Pulau Pinang, kata Saifuddin

Ok. Roger. Aku dah semak. Sekarang aku nak hentam.

——-

Sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang pada tahun 2008, ini adalah pencapaian dan kejayaan Pulau Pinang:

1. Pertumbuhan KDNK Pulau Pinang berada dibawah pertumbuhan KDNK Malaysa untuk tempoh keseluruhan 2008-2015

2. Pulau Pinang berada ketiga tercorot daripada 15 negeri dan wilayah dalam pertumbuhan KDNK per kapita bagi tempoh keseluruhan 2008-2015

3. Ke-4 paling rendah daripada 16 negeri dan wilayah dalam pertumbuhan median pendapatan isi rumah sejak 2009 dan pendapatan orang isi rumah orang Pulau Pinang berada terkebawah berbanding Johor dan Melaka.

4. Mencapai pertumbuhan gaji rendah daripada 16 negeri dan wilayah. gaji median penang rakyat telah diambil-alih oleh Johor, Negeri Sembilan dan Labuan.

https://portalpakdin.files.wordpress.com/2017/03/20170302-pendapatan-isi-rumah-kajian-khazanah.jpg

https://portalpakdin.files.wordpress.com/2017/03/20170303-pendapatan-isi-rumah-khazanah-negeri-kaya.jpg

5. Hilang tempat pertama dalam pelaburan dan tidak pernah berada tempat teratas. Ia menurun kepada kedudukan ke-7 pada tahun 2012 dan ke-5 pada tahun 2015.

https://2.bp.blogspot.com/-KSU6EFF4DB0/WLjEooDILUI/AAAAAAAADls/MYOUIEGfwzshQnkpWPsrKvfSI5D7ezE4wCLcB/s1600/20170303-pelaburan-pulau-pinang-bukan-no1.jpg

https://4.bp.blogspot.com/-D2Evkls1qLI/WLjggm2UYrI/AAAAAAAADmU/sQJpzNZBIkgtnIxycM4XO3cpBlqluiB8ACLcB/s1600/20170303-pelaburan2016-ikut-negeri-johor.jpg

6. Sejak 2013, 13 syarikat multinasional utama telah menutup kilang mereka atau mengumumkan mereka akan keluar dari Pulau Pinang.

7. Perbelanjaan tahunan Kerajaan Pulau Pinang meningkat empat kali ganda daripada RM200 juta kepada RM800 juta setahun.

8. Kadar tarif air meningkat 4 kali sejak 2008 dan bayaran dua kali ganda pengambilan air mentah.

9. Peningkatan cukai taksiran untuk pemilik harta walaupun telah berjanji untuk tidak menaikkannya.

10. Dua kali ganda kenaikan gaji dan elaun ADUN Pulau Pinang.

11. Dua kali ganda kenaikan gaji dan elaun EXCO Pulau Pinang.

12. Ketua Menteri telah menukar kereta rasmi beliau dua kali.

13. Mencatatkan kes pertama seumpamanya dalam sejarah dunia di mana kedua-dua pembeli dan penjual harta (tanpa kolam renang) tidak tahu nilai pasaran.

14. Ketua Menteri pertama yang masih berkuasa didakwa di mahkamah kerana rasuah dan penjawat awam pertama di Malaysia yang tidak digantung tugas selepas didakwa di mahkamah kerana rasuah dalam sejarah Malaysia.

15. Satu-satunya Kerajaan negeri yang paling bodoh melakukan kajian bernilai RM305 juta tetapi tergantung pada 87% dan kemudian apabila tidak dapat disiapkan akan menyalahkan projek BN 18 tahun yang lalu

Juga, walaupun telah berjanji untuk memansuhkan tol ketika kempen PRU-13 pada Mei 2013, enam bulan kemudian pada November  Kerajaan Pulau Pinang membayangkan untuk meluluskan perjanjian konsesi baru tol selama 30 tahun.

LSS.

———-

Rujukan:

“Pengagihan Pendapatan Telah Bertambah Baik – PakaTun Tak Akan Percaya”

https://pakdin.my/pengagihan-pendapatan-telah-bertambah-baik-pakatun-tak-akan-percaya/

“Pulau Pinang Bukan No 1 Dalam Pelaburan Sejak 5 Tahun Lalu”

https://pakdin.my/pulau-pinang-bukan-no-1-dalam-pelaburan-sejak-5-tahun-lalu/

“Semak Fakta Ekonomi Sebelum Hentam Pulau Pinang – Saifuddin”

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/03/semak-fakta-ekonomi-sebelum-hentam-p-pinang-kata-saifuddin/

UTAMAEKONOMISaifuddin Nasution Orang Suruhan Tokong Guan Eng Tak Tahu Fakta Menyuruh Orang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium