Saiful – Genap 3 tahun kes berlangsung. - pakdin.my

Sudah 26 tahun. Syukur, Allah lanjutkan umur..

Terus kehadapan, tidak sesekali undur..

Alhamdulillah, syukur kehadirat Allah SWT kerana dengan Izin, Limpah dan RahmatNya, saya telah dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Hari ini, genaplah 26 tahun saya berada di bumi Allah. Saya dilahirkan oleh ibu saya Allahyarhamah Hjh Halina Mohd Alip, di Johor Bharu.

Kenangan yang paling manis sepanjang saya berumur 25 tahun adalah apabila saya di Izinkan Allah SWT untuk mengerjakan Ibadah Haji  bersama Nenek tersayang pada musim Haji yang lalu. Pelbagai ilmu dan pengalaman berharga saya perolehi sepanjang berada disana. (Boleh baca lebih lanjut disini) . Kedua ialah dimana apabila Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan Berjaya membuktikan adanya kes Prima Facie dimana pihak tertuduh diarah untuk membela diri.

Untuk makluman semua, baru-baru ini juga, pada tanggal 28 Jun 2011, genaplah 3 tahun tempoh dari tarikh laporan polis yang dibuat iaitu pada tanggal 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur.

Syukur Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan beberapa doa, memberi saya pertolongan, taufiq dan hidayah untuk mengharunginya dengan penuh tenang, sabar serta penuh hikmah. Kisah perjalanan, perjuangan dan kesabaran Rasulullah SAW dalam menegakkan yang HAK juga sentiasa dijadikan panduan dan pedoman.

Baca seterusnya di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com

UTAMABERITASaiful - Genap 3 tahun kes berlangsung.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium