Tun Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

25 KOMEN

  1. lks madey tk sama dgn najib…najib adalah pm yg diimpikn rakyat mlysia selama ini tetapi otak rakyat blur termkn dakyah dakyah yg disebarkn oleh madey dn dap sebelum pru14 lalu,sekarang kena tunggu lima tahun le lagi naikkn bossku balik,kalu nk cpt buat le sesuatu yg memaksa agong bubar kera kera jaan sekarang…

  2. Atuk penipu rakyat….biar semua rakyat beri isyarat kat kerajaan atuk..m……rakyat tak mahu dah cara pemerintahan atuk yg teruk..untuk rakyat………


TINGGALKAN KOMENTAR

Masukkan komentar anda
Sila masukkan nama anda