Sakit Gastrik, Bahu Berisiko Hidap Sakit Jantung – Pakar - pakdin.my

sakit-bahu-masalah-jantung

Ramai menganggap sakit gastrik dan bahu perkara biasa, namun keadaan itu sebenarnya berkemungkinan boleh menyebabkan seseorang itu berisiko menghidap penyakit jantung.

Perunding Kardiologi Intervensi, Hospital Pantai Pulau Pinang Dr Liew Chee Tat berkata kebanyakan masyarakat hanya mengetahui seseorang itu diserang penyakit jantung jika individu terbabit berasa sakit di dada.

“Sebenarnya banyak tanda untuk kita kesan bahawa kemungkinan kita berisiko menghidap penyakit jantung.

“Tanda sakit jantung bukan hanya pada sakit dada, tetapi sesetengah orang tandanya sakit gastrik iaitu sakit di bahagian ulu hati, sakit bahu malah sakit gigi juga tanda-tanda seseorang itu menghidap sakit jantung,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis pelancaran Wad Pemulihan Jantung di Hospital Pantai Pulau Pinang di sini hari ini.

Pelancaran wad berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dr Liew berkata 50 peratus individu yang mengesan mereka menghidap penyakit jantung melalui tanda-tanda sakit dada manakala 50 peratus lagi menerusi simptom sakit gastrik, bahu dan gigi.

“Jika perempuan muda sakit gastrik, mungkin bukan sakit jantung tapi jika pesakit tua menghisap rokok, ada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi tiba tiba sakit gastrik, kita mesti memeriksanya kerana kemungkinan dia sakit jantung,” katanya.

Dr Liew turut menasihatkan orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok, melakukan senaman, mengurangkan pengambilan makanan manis dan berkolestrol tinggi bagi mengelak terdedah dengan penyakit jantung.

UTAMAPOLITIKSakit Gastrik, Bahu Berisiko Hidap Sakit Jantung - Pakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium