25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Salah guna perisa cemar ‘industri rokok elektronik’

awek-vape

Penyalahgunaan ekstrak perisa ganja dalam rokok elektronik atau vape adalah satu jenayah mencemarkan industri itu yang dijadikan alternatif oleh perokok untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.

Ketua Sub-Kluster Farmakologi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Tariq Abdul Razak berkata, kemunculan perisa ganja untuk rokok elektronik juga dikhuatiri akan memberi kesan negatif yang boleh meningkatkan masalah penagihan di negara ini.

“Kandungan yang digunakan dalam perisa vape sebenarnya tidak memudaratkan kesihatan jika dibandingkan dengan bahan kimia yang dikeluarkan oleh rokok tembakau biasa.

“Walau bagaimanapun, sekiranya betul terdapat bahan terlarang digunakan untuk menghasilkan perisa vape maka tindakan tegas perlu diambil segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia berhubung rokok elektronik yang sepatutnya berfungsi untuk mengawal ketagihan merokok itu disalah guna dengan ciptaan baharu perisa ganja.

awek-vape-1

Tambah Tariq, Kementerian Kesihatan perlu memantau penggunaan rokok elektronik kerana rata-rata penggunanya ialah remaja bagi mengelakkan penularan gejala tidak sihat tersebut.

“Kajian terperinci perlu dilakukan dengan kadar segera kerana penggunaan rokok elektronik semakin berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Industri rokok elektronik di Malaysia juga merupakan yang terbesar di Asia dan kedua di dunia selepas Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.