[Video] Salah kamu kami lambat maju, kata Sabah, Sarawak kepada Mahathir - pakdin.my

Pemimpin Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak hari ini menghentam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyalahkan pentadbir “tamak” penyebab pembangunan Sabah dan Sarawak ketinggalan berbanding Tanah Melayu.


 

Lihat video:
https://youtu.be/WeFMNQsqiXY

Menteri Sumber Ali dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kenyataan Dr Mahathir di satu majlis semalam “tidak tepat dan tidak adil”.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata Sabah dan Sarawak akan membangun pada kadar yang lebih pantas jika pentadbir mereka tidak mementingkan diri sendiri.

Beliau berkata orang Sabah dan Sarawak perlu kerja keras untuk merapatkan jurang pembangunan dengan Tanah Melayu.

Tetapi Wan Junaidi, seorang anak jati Sarawak, berkata Dr Mahathir cuma memberi alasan untuk menutup hakikat dia tidak melakukan secukupnya untuk membangunkan 2 negeri itu dalam 22 tahun pentadbirannya.

“Kalau Dr Mahathir benar-benar prihatin tentang merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu, dia patut peruntukkan lebih banyak sumber kepada kedua-dua negeri itu.

“Tetapi mana pergi duit minyak Sabah dan Sarawak? Dr Mahathir lebih pentingkan pembinaan Menara Berkembar Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang daripada membina jalan raya dan membangunkan prasarana di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Wan Junaidi juga mengingatkan timbalan Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan jejambat Satok di Kuching pada 1995, berikrar untuk membina semula 31 sekolah pada harga RM500 juta tetapi janji itu tidak dikotakan.

“Jangan salahkan rakyat Sabah dan Sarawak. Dia pemimpin negara, dia boleh buat lebih banyak lagi tetapi tidak. Dia selalu tuding jari pada orang lain,” kata ahli majlis tertinggi PBB itu.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak banyak berjasa kepada kedua-dua negeri itu. Dr Mahathir mahu menggantikan Najib pada pilihan raya umum akan datang.

“Najib sedang membina Lebuhraya Pan Borneo. Najib bina jambatan di Batang Lupar, Sadong dan Samarahan (di Sarawak). Kita minta semua itu sejak 1990-an tetapi tiada apa-apa berlaku. Najib tanpa perlu minta pun bina semua itu.”

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban juga membidas Dr Mahathir dan berkata calon perdana menteri Pakatan Harapan itu tak pun peduli hak Sabah dan Sarawak, dan mengabaikan pembangunan 2 negeri itu.

“Di zaman Dr Mahathir, pemimpin Sabah dan Sarawak tidak diberi portfolio penting di peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau berkata Dr Mahathir tidak berhak mengulas pembangunan di Sabah dan Sarawak kerana dia mengabaikan 2 negeri itu dari segi hak dan peruntukan.

Ramlee berkata Najib bukan sahaja memperuntukkan berbilion kepada 2 negeri itu tetapi juga bekerjasama dengan Sabah dan Sarawak untuk memulangkan hak bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Cukuplah. Jangan pandang rendah pada Sabah dan Sarawak.”

#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun

UTAMABERITA Salah kamu kami lambat maju, kata Sabah, Sarawak kepada Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium