Salah nadi kejayaan Liverpool belasah Watford #pakdin.my

WATFORD – Penyerang prolifik Liverpool, Mohamed Salah membuktikan dirinya sebagai pemain terbaik di dunia buat masa ini selepas memainkan peranan penting dalam kemenangan 5-0 ke atas Watford sebentar tadi.

Salah, 29, berjaya mencipta satu umpanan jaringan buat Sadio Mane sebelum dia turut mencetak nama selaku salah seorang penjaring gol The Reds dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vicarage Road itu.

Menariknya, ia adalah perlawanan kelapan berturut-turut Salah berjaya menjaringkan gol dalam semua kejohanan sejak menentang Chelsea pada 29 Ogos lalu.

Selain Chelsea, antara pasukan yang menjadi mangsa Salah ialah Leeds United, AC Milan, Crystal Palace, Brentford, Manchester City dan terbaharu Watford.

Turut mencuri tumpuan dalam aksi sebentar tadi ialah Roberto Firmino yang berjaya meledak hatrik bermula minit ke-37, 52 dan 90.

Pesta gol skuad bimbingan Jurgen Klopp itu secara tidak langsung menafikan hajat pengurus baharu Watford, Claudio Ranieri untu membuka langkah kanan dalam aksi pertamanya bersama The Hornets.

Sebagai rekod, Ranieri yang pernah menjuarai trofi EPL bersama Leicester City pada musim 2015/2016, dilantik sebagai ‘bos’ baharu Watford awal minggu lalu dengan kontrak selama dua tahun.

Berkaitan