Salah Tanggapan Halang Rakyat Faham Sejauh Mana Manfaat Transformasi PM @NajibRazak - pakdin.my

http://etp.pemandu.gov.my/default.aspxDasar transformasi holistik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melangkaui manfaat asal yang digariskan untuk kesejahteraan rakyat.

Bagaimanapun, salah tanggapan awam dan pengaruh negatif pembangkang telah menghalang rakyat daripada menyedari sejauh mana kebenarannya manfaat yang dibawa oleh Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi serta pelbagai inisiatif lain.

Semasa menggesa rakyat supaya mempunyai sudut pandangan yang betul, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata dasar Najib telah meletakkan negara pada trajektori pertumbuhan walaupun keadaan global yang sukar.

“Pelbagai program seperti Program Skim Latihan 1Malaysia, Skim Rumah Pertamaku, BR1M dan Pasukan Petugas Kebolehpasaran Graduan tidak dinafikan telah meningkatkan kebajikan rakyat,” kata beliau semasa taklimat media di sini Jumaat.

Merujuk kepada pelbagai dasar transformasi yang mewakili rangka kerja menyeluruh bagi kesejahteraan berterusan Malaysia sebagai ‘Najibnomics’, beliau berkata program-program ini telah membawa pertumbuhan ekonomi berserta dengan peningkatan kebahagiaan rakyat.

Mohd Irwan berkata program-program transformasi dan inisiatif lain di bawah kepimpinan Najib yang membuahkan hasil, memberi kepentingan yang sama kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Najibnomics” merangkumi idea-idea kreatif dan inovatif, dasar, strategi dan program Najib untuk mengangkat negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Bagaimanapun, beliau mengecam pihak pembangkang kerana penipuan yang amat nyata dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan termasuk tuduhan baru-baru ini yang kerajaan Jepun telah membayar kepada kerajaan Malaysia sejumlah RM207 bilion sebagai pampasan atau gantirugi untuk “buruh paksa yang maut ketika membina landasan kereta api”.

Begitu juga dengan krisis air di Selangor, di mana beliau mendedahkan yang Kerajaan Persekutuanlah yang telah memperuntukkan RM120 juta kepada Syabas untuk menaik taraf kemudahan air di negeri itu.

Beliau juga menegur ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mencanangkan langkah-langkah populis seperti menurunkan harga petroleum jika mereka memenangi pilihan raya umum, walhal, pada hakikatnya, negara boleh jatuh muflis sekiranya mereka berbuat demikian kerana Malaysia telahpun memberikan subsidi yang banyak kepada harga petrol.

Mohd Irwan berkata di bawah dasar Najib, pertumbuhan ekonomi dilihat sebagai cara untuk mencapai sesuatu, di mana keputusan akhirnya ialah untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat secara keseluruhannya termasuk meningkatkan tahap kebahagiaan mereka.

Dalam usaha agar rakyat terus gembira, beliau berkata Perdana Menteri telah menekankan isu-isu seperti pekerjaan, pendapatan tinggi, perpaduan sosial, kadar jenayah yang rendah, sistem pengangkutan yang baik, penyampaian perkhidmatan awam yang baik dan kos kehidupan yang rendah.

Semasa menerangkan dengan lebih lanjut, Mohd Irwan berkata di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menangani peningkatan kos hidup, lebih empat juta isi rumah dan lebih enam juta pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi telah menerima bantuan.

Mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETP), hasilnya termasuk pelaburan swasta dari segi nominal meningkat 16.6 peratus kepada RM111.8 bilion pada 2011.

“Selepas mencatatkan pertumbuhan rancak pada 2011, pelaburan persendirian meneruskan momentum pertumbuhan kukuh untuk mencatatkan peningkatan dua digit sebanyak 25.5 peratus tahun ke tahun pada sembilan bulan pertama 2012 kepada RM112.2 bilion,” kata Mohd Irwan.

Untuk memerangi jenayah, kerajaan merancang untuk menambah 4,000 anggota polis, 10,000 motosikal untuk PDRM dan 10,000 anggota rizab polis sukarela tahun ini, katanya.

Selain itu, Program Transformasi Komuniti yang mengandungi dua komponen, iaitu Program Transformasi Luar Bandar dan Program Transformasi Bandar, juga berjaya mendekati masyarakat dan membolehkan semua komuniti mendapat manfaat daripada kekayaan negara.

Baru-baru ini, Program Transformasi Sosial juga diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengukuhkan nilai teras, budaya kerja dan sikap rakyat Malaysia.

UTAMAEKONOMISalah Tanggapan Halang Rakyat Faham Sejauh Mana Manfaat Transformasi PM @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium