Salahkan pembangkang, menteri PH ‘betul punya pusing’ - pakdin.my

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  P. Waythamoorthy yang menuduh pembangkang memecahbelahkan rakyat dalam isu Statut Rom dikecam Puteri Umno.

Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tidak wajar pembangkang dipersalahkan sedangkan ia berpunca daripada ketidakcekapan kerajaan.

“Sekarang salahkan pembangkang? Betul punya pusing la menteri perpecahan ini,” tulisnya di Facebook semalam.

Zahida pada masa sama berkata, Statut Rom sememangnya ditolak rakyat kerana tidak memberi manfaat selain mengancam institusi raja.

Waythamoorthy sebelum ini mendakwa pembangkang mempergunakan isu tersebut untuk memutarbelitkan fakta dan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

UTAMAPOLITIKSalahkan pembangkang, menteri PH ‘betul punya pusing’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium