saman 2 Juta: Ratusan penyokong Hadi penuhi Mahkamah Tinggi - pakdin.my

Hadi-Shamsul-Mat-Amin-saman

Ratusan penyokong dan pengikut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenuhi perkarangan Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu bagi mengikuti perbicaraan kes saman RM2 juta terhadap beliau.

Penyokong beliau yang tiba sejak jam 8 pagi turut memenuhi galeri awam mahkamah sekalipun Abdul Hadi hanya tiba jam 9.30 pagi

Mahkamah Tinggi sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden PAS itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda.

UTAMAsaman 2 Juta: Ratusan penyokong Hadi penuhi Mahkamah Tinggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium