24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Saman Nallakaruppan: Anwar jawab berdolak-dalik

anwar-mahkamah-saman-nallakaruppan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memberikan jawapan yang berdolak-dalik ter­utamanya apabila menyentuh persoalan mengenai pertalian antara beliau dengan Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Ketua Pembangkang itu ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendakwa, beliau tidak ingat berapa lama mengenali Nallakaruppan tetapi mungkin pada awal tahun 80-an.

Menjawab soalan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam syarikat Magnum Corporation Bhd. (Magnum) itu, Anwar berkata, sebagai menteri beliau mengenali ramai orang dan tidak ingat bagaimana boleh mengenali Nallakaruppan yang dianggapnya sebagai kenalan biasa sahaja.

Jawapan tersebut dijawab oleh Anwar hanya selepas Muhammad Shafee beberapa kali menjelaskan kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa pihaknya telah memberikan peluang kepada beliau untuk bercerita versinya mengenai Nallakaruppan.

Peguam itu menambah kata, pihaknya tidak mahu nanti dianggap tidak memberi peluang kepada Anwar kerana Nallakaruppan akan memberikan keterangan berhubung dakwaan pemberian wang syarikat perjudian itu sebanyak RM60 juta kepada pemimpin pembangkang itu. “Itu masalah dia. Tanya dialah. Tiada kena mengena dengan saya,” jawab Anwar sambil tersenyum.

Melihatkan keadaan itu, Muhammad Shafee memohon supaya Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab mengambil kira perlakuan Anwar semasa memberikan keterangan.

Mohd. Zaki bagaimanapun berkata, Muhammad Shafee tidak perlu khuatir kerana perjalanan prosiding tersebut telah direkodkan melalui rakaman video mahkamah.

Muhammad Shafee seterusnya bertanya sama ada Anwar pernah berkawan rapat dengan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) itu yang merupakan rakan tenisnya.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat bagaimanapun menyatakan, setahu beliau, Nallakaruppan tidak tahu bermain tenis dan lelaki itu bukan rakannya bermain tenis dan mungkin kehadiran Nallakaruppan di gelanggang hanya sebagai penonton.

Diajukan pula soalan mengenai dakwaan bahawa beliau menerima wang tunai RM60 juta daripada Nallakaruppan yang diterima secara berperingkat-peringkat di beberapa lokasi antara tahun 1993 dan 1998, Anwar menafikannya.

Muhammad Shafee mencadangkan kepada Anwar bahawa pemberian wang tersebut didakwa berlaku di rumah bekas Ketua Pembangkang itu di No. 8 Jalan Setiamurni, Damansara iaitu kediaman rasmi Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, di gelanggang tenis yang dipindahkan menerusi but kereta, di Magnum dan di kondominium pemilik syarikat perjudian tersebut, Datuk Lim Thian Kiat di Tivoli Villa, Bangsar di sini.

Selain menerima sendiri, kata Muhammad Shafee, Anwar didakwa menerima wang tersebut antaranya melalui isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; isteri kepada Setiausaha Sulitnya ketika itu, Mohamed Azmin Ali, Shamsidar Taharin; adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja; dan Setiausaha Politik Keduanya ketika itu, Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Namun begitu, Anwar menafikan sekeras-kerasnya soalan-soalan tersebut dan secara berseloroh berkata:

“Saya tidak pernah terima. Eh teruk punya Menteri Kewangan (merujuk kepada jawatannya ketika itu).”

Pada suatu peringkat, Anwar menganggap cadangan yang dibuat oleh Muhammad Shafee bahawa pemandu Nallakaruppan pernah beberapa kali membawanya menaiki kereta Nallakaruppan dan kadang kala membawa mereka berdua sekali.

Anwar: “Tidak setuju dan tidak munasabah sekali Timbalan Perdana Menteri (TPM) (merujuk kepada jawatannya dalam Kabinet ketika itu) boleh menaiki kereta orang tanpa pengawal. Tidak tahulah TPM sekarang. Tetapi saya percaya TPM sekarang lagilah ramai pengawal.”

Kesemua soalan yang dicadangkan itu dinafikan oleh Anwar yang menyifatkannya sebagai fitnah yang jahat.

“Banyak (jumlah) itu Yang Arif. Saya tidak pernah terima,” kata Anwar selaku plaintif ketika disoal oleh Muhammad Shafee dalam kes saman fitnah pemimpin pembangkang itu terhadap Nallakaruppan.

Dalam pemeriksaan balas itu, Anwar juga dilihat tersenyum apabila beliau dikatakan me­nerima wang tersebut yang dipindahkan daripada but kereta.

Apabila Muhammad Shafee menyebut pula nama Shamsidar, Anwar berkata: “Yang Arif, saya ingat soalan ini tidak patut dibenarkan kerana ia melibatkan orang lain. Ini tidak berperikemanusiaan.”

Pada peringkat pemeriksaan semula oleh peguam N. Surendran yang mewakili Anwar, beliau menyatakan, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan dikawal oleh lapan orang pengawal dalam program rasmi manakala tidak rasmi antara tiga keempat orang.

Anwar turut mendakwa, Nallakaruppan marah betul kepadanya kerana defendan itu yang sangat berharap supaya diberikan kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok, namun gagal mendapatkannya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 25 Ogos 2008, berhubung dakwaan bahawa beliau menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian tersebut.

Pihak plaintif menyatakan, Nallakaruppan pada 23 Ogos tahun yang sama, telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan dalam akhbar Mingguan Malaysia artikel bertajuk ‘Didakwa terima RM60 juta’ dan dalam akhbar Sinar Ha­rian bertajuk ‘Anwar terima RM60 juta.’

Perbicaraan bersambung 21 Mac tahun depan.

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...