Saman Presiden PAS: Ambiga Dinamakan Sebagai Pemberi Maklumat Kepada Clare Rewcastle-Brown  - pakdin.my

Berdasarkan dokumen dikemukakan di mahkamah di London, Clare Rewcastle-Brown dilaporkan menamakan bekas Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai pemberi maklumat atas dakwaan Presiden PAS menerima dana daripada UMNO.

Selain itu, editor Sarawak Report itu berkata beliau pernah berbincang dengan Ambiga berkenaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

“Ambiga beritahu bahawa sumbernya itu boleh dipercayai dan beliau juga menjangka jumlah yang dibayar sekitar RM90 juta,” lapor Malaysiakini yang memperolehi kenyataan pembelaan Rewcastle-Brown bertarikh 11 Oktober.

Dokumen berkenaan difailkan Rewcastle-Brown susulan saman fitnah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terhadap beliau pada 21 April lalu.

Sebelum ini, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa difitnah melalui satu laporan disiarkan Sarawak Report bertajuk ‘As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connections‘ pada 6 Ogos, 2016.

Rencana itu turut mendakwa PAS menerima dana berkenaan supaya mereka menyokong BN dan kemudiannya turut didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Dokumen itu turut menyebut bahawa sebahagian perbualan Rewcastle-Brown dengan Ambiga adalah bertujuan baik termasuk isu politik yang berkaitan kepentingan umum.

Selain itu, Rewcastle-Brown mendedahkan bahawa bekas pemimpin dan pemimpin tinggi PAS sudah membeli kereta baru, hartanah atau menambah isteri hasil daripada dana itu.

Beliau turut menyertakan senarai jenis kenderaan yang dibeli oleh mereka.

Sebelum ini, Rewcastle-Brown dituduh menerima dana daripada Tun Dr Mahathir Mohamad serta terbabit  dalam konspirasi menjatuhkan Najib.

Editor Sarawak Report itu bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

UTAMABERITASaman Presiden PAS: Ambiga Dinamakan Sebagai Pemberi Maklumat Kepada Clare Rewcastle-Brown 

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium