‘Saman saya kalau tak bersalah’, Haziq cabar Azmin Ali - pakdin.my

Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar menteri hal ehwal ekonomi mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika berasa tidak bersalah dalam skandal video seks.

Bekas setiausaha sulit kanan timbalan menteri industri utama itu dalam wawancara bersama akhbarThe Star juga mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat laporan polis terhadapnya.

“Beliau sendiri perlu melakukannya. Biar seluruh bukti dan perinciannya didedahkan,” kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong itu dipetik.

Haziq juga mengulangi pengakuan dua lelaki mengadakan hubungan seks dalam klip video yang tersebar 11 Jun lalu adalah dirinya dan timbalan presiden PKR.

Azmin bagaimanapun menafikan beliau dalam video tersebut dan menyifatkannya sebagai plot untuk memusnahkan karier politiknya.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIK‘Saman saya kalau tak bersalah’, Haziq cabar Azmin Ali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium