27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Sampai bila biar pembangkang tabur fitnah kemudian mohon maaf?

tianchua-lahaddatu
BUKTI UTAMA…artikel yang jelas terpampang tuduhan Tian Chua bahawa UMNO merancang insiden di Lahad Datu

Selepas kenyataan fitnah beliau bahawa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah sandiwara yang didalangi UMNO sehingga mengguris hati banyak pihak, terutama keluarga perajurit yang terkorban dalam insiden itu, kesudahan kes saman terhadap Tian Chua nampaknya begitu mudah sekali.

Setelah sekian lama artikel fitnah Naib Presiden PKR berkaitan isu itu terpampang di laman-laman sosial di internet sejak Mac lalu, pada Isnin Tian Chua bersetuju menarik balik tuduhan. Manakala UMNO iaitu pihak yang difitnah berlapang dada dan baik hati menarik balik saman – kes selesai di luar mahkamah.Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop merekodkan penghakiman persetujuan di antara Tian Chua dan UMNO di dalam kamar selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman fitnah itu berdasarkan terma yang dipersetujui.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu pemberita bahawa Rosilah merekodkan penyelesaian tanpa menetapkan sebarang kos.

Di luar mahkamah, Tian Chua berkata beliau kesal dengan penyiaran artikel bertajuk ‘Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO – Tian’ pada 1 Mac 2013 dan artikel  menurut beliau bukan berniat untuk membabitkan UMNO.


Ab Rauf memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua, Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey Pada 11 April tahun lalu berhubung artikel fitnah berkenaan yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac.

Rosilah turut merekodkan persetujuan Fazallah dan Aisha untuk menarik balik artikel berkenaan daripada laman web masing-masing.

Persoalannya berbaloikah pemimpin pembangkang  PKR itu dilepaskan dari menerima hukuman sebagai pengajaran kerana menabur fitnah sesuka hati hanya kerana pada hari ini beliau bersetuju menarik balik tuduhan serta artikel yang telah tersebar sejak 1 Mac tahun lalu?.

Jika Ahli Parlimen Batu itu tidak berhati batu dan benar-benar ikhlas, beliau boleh mengakui kesilapan, memohon maaf, menyatakan kekesalan dan menarik balik artikel lebih awal daripada hari ini.

Tian Chua terpaksa menyatakan kekesalan dan setuju menarik balik artikel selepas lebih setahun kerana ikhtiar beliau untuk batalkan saman terhadapnya ditolak pada 26 September tahun lalu.

Sebaliknya beliau sebelum ini berjuang untuk mengetepikan saman fitnah itu namun gagal setelah permohonanya ditolak mahkamah pada 26 September 2013.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah ketika menolak permohonan Tian Chua itu berkata dakwaan terhadap beliau tidak salah daripada segi undang-undang.

Menyedari kemungkinan beliau sukaruntuk mecabar saman UMNO itu di mahkamah boleh membawa padah, Tian Chua bersetuju membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Namun artikel fitnah beliau itu sudah hampir setahun lebih berada di alam siber, terus dibaca, dikongsi dan disebar – tidak dapat dipastikan entah berapa juta orang sudah membacanya, bak kata dalam bahasa Inggeris – “the damage have been done”.

Persoalan kini,  perasaan pedih dan terguris hati anak isteri serta keluarga lapan anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu dari Filipina di Lahad Datu tetapi ia dikatakan sandiwara.

Hakikatnya bukan hanya Tian Chua pemimpin pembangkang yang mudah menabur fitnah dan membuat tohmahan tetapi kemudian tersenyum kerana terlepas dari menerima hukuman setelah memohon maaf.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada 28 Ogos tahun lalu menarik balik saman malu terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan pembabitannya dalam transaksi pembelian tanah dan saham oleh sebuah syarikat.


Ahmad Zahid menarik balik saman beliau selepas Rafizi tanpa syarat setuju menarik balik kenyataannya melalui satu artikel bertarikh 29 Disember tahun lalu di laman blog RafiziRamli.com miliknya.

Hanipa Maidin terpaksa meminta maaf bagi elak dikenakan tindakan setelah membuat dakwaan di Dewan Rakyat baawa Perdana Menteri mahu menitiskan darah cina ketika Operasi Lalang pada 1987.

Manakala ada 30 Oktober tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin terselamat daripada dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan di bawah Peraturan 36(6) yang jika sabit boleh digantung daripada menghadiri persidangan Dewan setelah memohon maaf secara terpaksa.

Hanipa yang selalu membuat bising mencelah perbahasan, terpaksa memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada 23 Oktober yang dilihat ahli parlimen Barisan Nasional sebagai berniat jahat dan mahu menjatuhkan imej Perdana Menteri yang didakwa Hanipa pernah berucap mahu menitiskan darah kaum cina ketika krisis mengenai hak keistimewaan Melayu pada 1987.

Kebanyakan pemimpin pakatan pembangkang berkenaan sebenarnya mengambil kesempatan di atas sifat lembut dan baik hati pemimpin kerajaan kerana mereka biasanya akan tampil lagi dengan fitnah, tohmahan atau hasutan yang baharu.

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...