32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Samun guna pukau, lima Geng Kerinchi ditahan

Minyak pukau dan pelangkah yang digunakan penjenayah sebelum melakukan samun.

KAJANG – Kumpulan penjenayah yang menggunakan sihir sebelum melakukan samun dan pecah rumah ditumpaskan setelah lima ahlinya ditahan dalam serbuan di sebuah kilang papan di Jalan Bangi, Semenyih, baru-baru ini.

Kumpulan dikenali Kerinci dianggotai lelaki berasal dari Jambi, Batam dan Lombok, Indonesia itu melakukan sekurang-kurangnya lima kes berkaitan sekitar Kajang.

Mereka masuk ke dalam negara dengan menggunakan pas lawatan dan dipercayai semata-mata untuk melakukan samun sebelum pulang semula ke negara asal. Mengikut rekod, mereka sudah tiga kali masuk ke negara ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek berusia antara 24 dan 32 tahun itu ditahan selepas kejadian samun di sebuah rumah teres di Bandar Teknologi Kajang, 27 Julai lalu, kira-kira jam 3.30 pagi.

Ab Rashid berkata, penjenayah mengumpil pintu belakang dan menggunakan tong gas untuk memecah masuk bilik sebelum mengikat mangsa, pasangan suami isteri bersama tiga anak.

Katanya, selepas kejadian itu, polis menyerbu tempat persembunyian penjenayah di kilang papan terbabit, iaitu, 10 kilometer daripada rumah mangsa.

“Dalam serbuan itu, kita menemui sebotol minyak pukau dan pelangkah iaitu sejenis mentera. Mereka mengakui menggunakan sihir terhadap mangsanya.

“Mangsa yang terkena sihir tidak mampu untuk melawan dan terus memberi kerjasama kepada suspek,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.