24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana mencampuri urusan pentadbiran negara nyata sesuatu yang terlalu biadab.

Apakah pertubuhan pelajar Cina dipercayai pro-DAP itu tidak diajar tentang Rukun Negara yang antaranya menetapkan ‘Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara’

Membidas perkara itu, penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff menegaskan, rakyat boleh menilai sendiri bagaimana kurang ajarnya pertubuhan berkenaan apabila secara terbuka menyanggah seorang sultan yang juga ketua Raja-Raja Melayu.

Jelas beliau, sebelum ini UMANY juga menjuarai desakan supaya Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Ir Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan kerana terlibat dengan Kongres Maruah Melayu.

“Bagaimana Yang di-Pertuan Agong boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila menjadi kewajipan dan sumpah baginda untuk ‘menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia’?

“Bagaimana Yang di-Pertuan Agong boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong’?

“Bagaimana Yang di-Pertuan Agong boleh tidak campur tangan dalam urusan-urusan negara bila Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen’?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Kamarul Zaman berkata, sikap yang diperlihatkan UMANY jelas menunjukkan mereka tidak menjunjung dan menjiwai Rukun Negara.

“Tidak diajarkah UMANY ini mengenai prinsip penting Rukun Negara yang wajib dijunjung oleh setiap rakyat Malaysia,” soalnya lagi.

Terdahulu, UMANY dalam satu hantaran Facebook berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

Kata pertubuhan itu, di bawah sistem ini, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang, kata UMANY.

Pada masa sama, UMANY menyatakan pendiriannya iaitu YDPA tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun, hari ini, hantaran UMANY di Facebook itu telah dipadamkan.

Rujukan: FB Kamarul Yusoff

https://drive.google.com/file/d/1FUiPDO1MHk19OCfMpb-ErN2wOGtJXjgw/view?usp=sharing

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...