Sara 1Malaysia – Bantu Golongan Berpendapatan RM3,000 Ke Bawah - pakdin.my

Labur 5 ribu ringgit dapat jaminan pulangan 134 ringgit sebulan.

Manfaat diperolehi menerusi pelaburan dalam Skim Amanah Satu Malaysia, Sara Satu Malaysia, kendalian Permodalan Nasional Berhad.

Bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah Sara Satu Malaysia dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun, berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah.

Sara Satu Malaysia dilancarkan Perdana Menteri.

Skim ini diumumkan beliau pada pembentangan Bajet 2012 yang lalu.

Mereka yang layak, boleh memohon pinjaman 5 ribu ringgit untuk melabur dalam Amanah Saham Satu Malaysia.

Pinjaman boleh diperolehi daripada 4 institusi kewangan Maybank, CIMB, RHB dan Bank Simpanan Nasional.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
Kalau kita mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, kita kena bayar balik 84 ringgit, erti 134 tolak 84, dapat 50 ringgit sebulan bersih, masuk dalam poket kita tiap2 bulan

Bagi pelabur yang mengeluarkan wang sendiri, pulangan yang boleh diperolehi selepas 5 tahun dijangka mencecah 13 ribu ringgit.

Jelas Perdana Menteri, kerajaan juga menanggung subsidi 100 juta ringgit, bagi menjayakan Sara Satu Malaysia.

Permohonan akan dibuka mulai 30 Januari ini.

—————————————————————

SARA 1Malaysia dijamin Malaysian Development Holdings

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.

Permohonan untuk SARA 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.

Skim berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Hamad Kama Piah memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa melalui SARA 1Malaysia, rakyat yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
Melalui skim ini, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia dan pelabur hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama lima tahun.

SARA 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB.

Ia unik kerana SPV mendapat pinjaman dengan kadar yang kompetitif daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Simpanan Nasional.

Daripada RM500 juta itu, sebanyak RM100 juta akan diberikan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi kepada SPV untuk membayar kadar faedah kepada institusi kewangan yang terbabit.

Hamad Kama Piah berkata, manfaat SARA 1Malaysia ialah SPV mendapat “pulangan” daripada kerajaan dan dividen apabila melabur dalam AS 1Malaysia.

Katanya, faedah yang merangkumi skim ini membolehkan SPV mendapat pendapatan dan menjamin pulangan menarik kepada pelabur.

Malaysian Development Holdings Sdn Bhd akan dipengerusikan oleh Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Malaysia.

UTAMABERITASara 1Malaysia - Bantu Golongan Berpendapatan RM3,000 Ke Bawah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium