Sarawak akan jadi penyumbang utama KDNK - pakdin.my

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa melihat Sarawak sebagai negeri terpenting di Malaysia yang dijangka menjadi penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Sarawak Corridor of Renewable Energy (Score) di Bintulu berjaya menarik RM28bill pelaburan.

Menurutnya, Sarawak kini adalah penyumbang keempat terbesar kepada KDNK negara dengan nilai pelaburan RM50 bilion, dan beliau percaya ia akan meningkat hasil daripada unjuran yang dibuat kerajaan negeri sehingga tahun 2030.

“Sarawak nampak pesat membangun, ada kemung- kinan dengan kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri ini, mungkin ia akan meningkatkan lagi sumbangannya kepada ekonomi negara pada keseluruhannya.

“Saya juga mendapati program pembangunan yang dirancang dan rancak dilaksanakan akan membawa Sarawak ke tahap kemajuan yang lebih tinggi dan menjadi antara negeri termaju dengan pantas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Ali menambah, tiga perkara utama dalam fokus dari segi pembangunan yang diberikan penekanan oleh kerajaan nege-ri dengan sokongan penuh ke-rajaan persekutuan ialah pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak SCORE, penyediaan infrastruktur asas serta pembinaan empangan.

“Beberapa program berkaitan SCORE sedang berjalan lancar dan kerajaan persekutuan sejak RMK10 menerusi ‘Rolling Plan’ pertama, ke-dua dan ketiga pada tahun  depan terus memberi tekanan terhadap peruntukan bagi pembangunan SCORE,” katanya.

Sementara itu, Ali dalam ucapannya berkata, kerajaan persekutuan akan menerus-kan dasar-dasar sedia ada dan memperkenalkan beberapa perkara baharu untuk mencari jalan menggalakkan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

“Kita boleh melaksanakan program yang bermanfaat  kepada rakyat dengan meng-amalkan strategi ‘Blue Ocean’,” katanya.Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Moha-mad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Ketua Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Ketua Menteri Datuk Othman Mahmood.

Hub Halal Tanjung Manis
UTAMABERITASarawak akan jadi penyumbang utama KDNK

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium