Sarawak henti kemasukan pelajar China susulan koronavirus - pakdin.my

KUCHING: Kerajaan Sarawak menghentikan sementara kemasukan pelajar China ke negeri itu susulan wabak koronavirus.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) dalam satu kenyataan berkata arahan itu akan berkuatkuasa sehingga notis selanjutnya.

Selain itu, ia juga berkata pegawai kerajaan yang melakukan perjalanan ke China ketika penularan virus itu mesti menjalani kuarantin sendiri di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut dari ketua jabatan masing-masing untuk tindakan seterusnya.

“Majikan yang mempunyai pekerja dari China atau mereka yang baru pulang dari China dinasihatkan supaya memaklumkan pekerja mereka supaya menjalani kuarantin sendiri di rumah.

“Kanak-kanak sekolah yang berkunjung China, terutamanya ke wilayah Wuhan dan Hubei, dinasihatkan menjalani kuarantin sendiri di rumah,” kata kenyataan itu.

Ia berkata mereka yang melawat China baru-baru ini perlu mendapatkan bantuan perubatan di hospital kerajaan terdekat jika mereka mengalami gejala seperti batuk dan demam.

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan mengeluarkan senarai 26 hospital yang menjadi hospital rujukan bagi menangani kes pesakit yang disiasat (PUI) dan yang disahkan dengan koronavirus.

Di Sarawak, hospital terbabit ialah Hospital Umum Sarawak di Kuching, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu.

Semalam, pengerusi JPBN Douglas Uggah Embas berkata setakat ini, 8 kes koronavirus disyaki di Sarawak – 5 di Kuching dan 1 di Sibu, Miri dan Bintulu.

Bagaimanapun, 6 daripada kes ini diuji negatif sementara 2 lagi kes di Miri dan Kuching masih menunggu keputusan makmal.

UTAMABERITASarawak henti kemasukan pelajar China susulan koronavirus

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium