Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Global

All countries
232,377,389
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
207,277,956
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
4,759,066
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Sarawak United bangkit benam Perak FC II 4-1

KUALA LUMPUR — Tiga gol terhasil pada babak kedua memastikan Sarawak United bangkit daripada ketinggalan seawal permainan untuk mencipta kemenangan 4-1 ke atas Perak FC II pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras di sini, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan Sarawak United memintas dua pasukan untuk merampas kedudukan teratas liga dengan mengumpul 31 mata sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk mewarnai saingan Liga Super musim depan.

Skuad diberi jolokan Kenyalang Emas itu turut mempunyai kelebihan apabila kini mengungguli saingan liga dengan kurang satu perlawanan berbanding pencabar terdekat Terengganu FC II di kedudukan kedua yang mengutip 29 mata selepas 16 perlawanan.

Pada aksi malam ini, Sarawak United yang dibimbing Penolong Jurulatih Mohamad Safri Amit dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit pertama menerusi pemain tengah Royizzat Daud yang menyambar bola hasil sepakan percuma Khairul Syafiq Mustaffa dan menewaskan penjaga gawang tuan rumah.

Penyerang skuad kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol penyamaan dicari-cari Sarawak United pada minit ke-35 selepas menanduk bola hantaran lintang rakan sepasukan untuk menyaksikan 45 minit pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Sarawak United tampil lebih bertenaga sebelum asakan demi asakan membuahkan hasil apabila pertahanan lawan, Muhammad Syafiq Izzudin Mustafa tertampan bola yang diselamatkan penjaga gol ke gawang sendiri pada minit ke-53.

Pemain import Uche Agba menambah derita Perak FC II pada minit ke-67 dengan meletakkan Sarawak United selesa mendahului 3-1 selepas bijak mencari ruang untuk menampan masuk bola hantaran lintang pemain gantian Abdul Rahim Abdul Razak.

Abdul Rahim kemudian melengkapkan malam gemilang pasukannya menerusi gol pada minit ke-88 apabila beliau meluru dengan pantas tanpa disedari pertahanan lawan dan menyepak masuk bola hantaran Azman Chuchu.

— BERNAMA

Berkaitan