Satelit Jepun kesan 10 objek terapung di perairan barat daya Perth #MH370 - pakdin.my

MH370-Image-satelit-jepun

TOKYO: Satelit Jepun mengesan imej kira-kira 10 objek terapung di perairan Australia, kemungkinan dari pesawat MH370 yang hilang, lapor media tempatan memetik sumber kerajaan hari ini.

Objek yang dicerap satelit itu berkedudukan di 2,500 kilometer di perairan barat daya Perth, lapor agensi berita Kyodo dan Jiji.

Kajian oleh Pusat Perisikan Satelit Kabinet menunjukkan objek berkenaan berukuran sehingga 8 meter panjang dan 4 meter lebar dicerap satu satelit negara berkenaan antara jam 9 pagi dan 3 petang waktu tempatan Jepun pada Rabu lalu.

Sumber kerajaan berkata, ia kemungkinan serpihan bangkai pesawat yang hilang berdasarkan lokasinya terletak di kawasan sasaran objek yang dikesan oleh beberapa satelit sebelum ini.

Jiji memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata, ia ‘kemungkinan yang tinggi’ bahawa objek berkenaan adalah dari pesawat berkenaan.

Jepun sudahpun menyerahkan maklumat terbaharu itu kepada kerajaan Malaysia, lapor agensi berita berkenan.

UTAMABERITASatelit Jepun kesan 10 objek terapung di perairan barat daya Perth #MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium