27 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Satira Teresa Kok Berjaya Raih Simpati Terhadap Ayam

teresa kok babiayam

Jawatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat bukanlah untuk manusia yang tidak tahu adab dan adat.  Seorang pemimpin atau wakil rakyat seharusnya mempunyai karisma dan pengetahuan yang cukup serta pandai menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan.

Malangnya, hari ini kita melihat begitu ramai ‘apek jual ikan’ dan ‘nyonya jual sayur’ memegang jawatan sebagai wakil rakyat mahupun pemimpin negeri.

Justeru, tidak hairanlah Malaysia kini menjadi berserabut dan riuh-rendah seperti pasar.  Pada Tahun Baru Cina yang lepas, tidak cukup dengan kita terpaksa menahan sabar dengan kebisingan bunyi mercun di sana-sini, kita juga turut diganggu dengan keriuhan video ‘satira’ nyonya Teresa Kok yang begitu gembira sekali meraikan Tahun Baru Cina dengan mengejek orang.

Sebagai respon kepada ‘satira’ Teresa Kok, ia disambut dengan ‘satira penampar RM1,200 dan menyembelih ayam’ oleh orang-orang Melayu.

Malangnya, Teresa Kok tidak faham ‘satira demonstrasi bantahan’ tersebut dan menganggapnya sebagai ugutan 13 Mei.

Dalam usaha membela diri, Teresa Kok menyatakan bahawa orang-orang Melayu telah tersalah faham maksudnya kerana orang-orang Melayu tidak faham bahasa Mandarin. Nampaknya, Teresa Kok juga tersalah faham satira balas orang-orang Melayu kerana beliau tidak fasih Bahasa Melayu.  Buktinya adalah surat rasmi dari pejabat Teresa yang pernah memenuhi internet pada tahun 2010 dahulu akibat Bahasa Melayu yang lintang pukang seperti bukan rakyat Malaysia.

Walaupun semuanya hanya ‘satira’, namun Teresa Kok ingin memastikan isu ini diperpanjangkan.  Harapan Teresa Kok ialah keriuhan isu satira ini akan membantu menutup pendedahan mengenai penglibatannya dalam projek RM1 billion oleh Goldsino Investment di atas tanah Yayasan Selangor.

teresa-kok-simbah-sendiri-cat-merah

Lagipun, Teresa suka dengan publisiti yang diperolehi di mana beliau kini seolah-olah menjadi ‘hero’ hanya kerana pandai mengejek orang Melayu.

Bagi memastikan watak ‘hero’nya menjadi lebih dramatik, maka Teresa perlu memasukkan unsur-unsur samseng di dalam penceritaan.  Dengan akal tahap nyonya jual sayur, Teresa tidak mampu mencari idea lain untuk menjadikan dirinya lebih ‘hero’ melainkan mengikut skrip biasa DAP, iaitu ‘menerima ugutan’.

Di dalam Malaysia ini, parti DAPlah yang paling sering menerima ugutan.  Apabila saja pemimpin mereka terdesak dan terperangkap dalam sesuatu isu, maka bersedialah untuk mendengar berita yang mereka menerima ugutan.  Selama hayat DAP, entah berapa kali kita mendengar si Karpal Singh menerima peluru. Hannah Yeoh juga kononnya pernah menerima ugutan hanya kerana kes tidak sensitif terhadap ibu mengandung.  Begitu juga dengan Teo Nie Chin, walhal namanya pun hampir tidak dikenali di kalangan rakyat marhaen.

Nampaknya, walaupun Anwar Ibrahim sering mewar-warkan yang nyawa beliau dalam bahaya tetapi Anwar juga tidak menerima ugutan sepertimana DAP.  Hanya DAP sahaja yang sering menjadi sasaran tukang ugut.

Di dalam Malaysia ini juga, parti yang sering dikaitkan dengan sikap suka mengugut atau lebih tepat ‘mengilas tangan’, ialah DAP.  Beberapa pemimpin dan ahli DAP yang bertindak keluar parti juga mengakui perkara ini.

Pendek kata, skrip drama ugut-mengugut ini adalah skrip asal DAP.  Sikap DAP yang gemar membela penjenayah juga membuktikan yang parti itu telah biasa dengan taktik ugut-mengugut.   Apatah lagi dengan ‘adegan’ simbah cat di pejabat Teresa Kok.  Seperti yang kita tahu, menyimbah cat adalah sinonim dengan taktik para ‘Along’ yang mana turut dikaitkan sebagai rangkaian DAP, berdasarkan percambahan aktiviti gelap sejak PR memerintah Selangor.

Justeru, apabila Teresa Kok atau Karpal Singh atau Teo Nie Ching atau Hannah Yeoh menjerit kononnya menerima ugutan, rakyat melihatnya sebagai satu ‘satira’ sahaja.

Nasihat kita kepada DAP, kalau pun terdesak sangat ingin mengulangi 13 Mei tetapi takut untuk memulakannya, tak perlulah menggunakan skrip sitcom ugut-mengugut yang sama kerana ia tidak kelakar lagi.  Sendiri ugut, sendiri takut, sendiri buat, sendiri tanggunglah.  Tak perlulah bising-bising menyalak macam anjing!

Bagaimanapun, sekiranya benar pemimpin DAP itu semua telah diugut, maka mungkin mereka perlu melihat kembali rangkaian penjenayah yang telah dibela oleh peguam-peguam DAP dan PKR selama ini.  Mana tahu, kalau-kalau ada yang ‘tersinggung’ dengan mereka.

Selain itu, tidak semestinya ugutan itu bermotif politik.  Mana tahu kalau-kalau projek RM1 billion Teresa mempunyai masalah sehingga menaikkan kemarahan orang-orang tertentu?  Bukan begitu?

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...