25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

SATU LAGI PROJEK PEMBANGUNAN KERAJAAN PULAU PINANG GAGAL LAGI – MENAMBAH PANJANG SENARAI KEGAGALAN

Satu lagi projek kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Pinang menghadapi masalah.

Semalam, The Edge melaporkan Business Processing Outsourcing Prime (BPO Prime) dan projek Penang International Technology Park (PITP) dengan nilai keseluruhan RM11.3 billion, melibatkan Penang Development Corp (PDC) dan Temasek Holdings Private Ltd, dari Singapura telah di tangguhkan kerana situasi semasa pasaran hartanah.

Projek BPO Prime nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.3 billion di Bayan Baru, Penang sepatutnya disiapkan pada tahun 2019.

Walau bagaimanapun, ia telah ditangguhkan, secara tidak langsung mendorong kepada penangguhan projek PITP, yang dijadualkan bermula selepas projek BPO Prime.

Pada Oktober 2014, Lim Guan Eng dengan bangga menggembar gemburkan dan mengumumkan usaha sama mereka bersama Temasek dari Singapura untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai hab penyemburan luar antarabangsa (international outsouring hub) untuk memberikan peluang pekerjaan “bernilai tinggi berasaskan pengetahuan” dan membangunkan Pulau Pinang.

Menurut Lim Guan Eng “BPO Prime adalah projek keutamaan yang merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan negeri untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai hab penyumberan luar antarabangsa. Ia akan mengukuhkan infrastruktur negeri dan menyokong industri BPO yang pesat berkembang di sini. “.

Hari ini, projek ini telah ditangguhkan mungkin selama-lamanya berpunca dari pasaran hartanah yang lembab dan kurang permintaan untuk “kondominium berkualiti tinggi”, yang agak pelik kerana ia sepatutnya menjadi perniagaan hab penyumberan luar antarabangsa dan BUKAN projek kondo.

Ini menambah lagi senarai panjang projek-projek yang telah dibatalkan atau sudah lama tertangguh antaranya – Terowong Pulau Pinang, Pusat Perubatan Taman Manggis, Eco Marina – yang sepatutnya untuk mengubah dan membangunkan Pulau Pinang serta ekonominya.

Ia tidak menghairankan bahawa negeri-negeri seperti Johor, Melaka dan juga Negeri Sembilan telah memotong kedudukan Pulau Pinang pada Median Pendapatan Isi Rumah ( Median Household Income) atau Purata Sederhana Gaji dan sebab itu juga pertumbuhan perkapita KDNK di Pulau Pinang tersenarai yang tercorot (menurut Gerakan) atau tempat ke-4 paling rendah (mengikut LGE ) pertumbuhan perkapita KDNK di kalangan semua 14 negeri sejak 2008

Ketidakcekapan kerajaan DAP Pulau Pinang manakala perbelanjaan mengurus tahunan negeri kini meningkat 500% sejak tahun 2008 di biayai hasil dari penjualan semua tanah dan aset kerajaan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang – satu strategi jangka pendek sangat tidak mapan.

20170124-projek-gagal-pulau-pinang


Sumber:
http://www.theedgemarkets.com/my/article/penang-property-projects-worth-rm113b-hold

https://www.digitalnewsasia.com/enterprise/singapore-firm-unveils-details-for-bpo-prime-project-in-penang

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1925044024381049&id=100006264096443

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan