“Saya akan tanya dengan lebih rapi apa yang sebetulnya berlaku,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang didakwa memberi kelulusan pembinaan tiga lebuh raya di negeri itu.
Kata Dr Wan Azizah, beliau akan menggunakan kesempatan pembentangan Bajet 2016 negeri Selangor, Jumaat ini untuk berjumpa dengan Timbalannya itu.
“Jumaat akan ada Belanjawan Selangor. Saya akan minta dia jelaskan kepada parti.
“Saya hendak tahu status projek tersebut. Perkara ini di bawah LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia),” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ini sebelum berkata, akan memanggil Azmin untuk beri penjelasan berhubung perkara itu.
“Saya tidak tahu dan saya tidak ada maklumat tetapi saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat dalaman kita untuk mendapatkan pengesahan daripada Menteri Besar samada kelulusan itu telah diberikan atau tidak,” katanya.
Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor apabila cuba melaksanakan penstrukturan air negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya ketika itu.
Rafizi yang ketika itu berperanan sebagai arkitek Langkah Kajang sehingga menyebabkan Abdul Khalid dipecat keahlian PKR.
Saya akan tanya Azmin kenapa lulus tiga lebuhraya – Wan Azizah – pakdin.my 2015-10-30 08:23:06 https://t.co/bjh8dxOcHY
Saya akan tanya Azmin kenapa lulus tiga lebuhraya – Wan Azizah https://t.co/gtnubVkId2 https://t.co/2gLyHUOmnC
Baru nak tanya???
Saya akan tanya Azmin kenapa lulus tiga lebuhraya – Wan Azizah https://t.co/1PzA95HY9b
Raja Alias liked this on Facebook.
Azizah Yusof liked this on Facebook.
Shahrulnizam Nasir liked this on Facebook.
Jijah oii…jangan lupa bertanya kenapa naik keretapi pun kena TOLL???HEHEHE
drama terbaru ..
…..tolong tanya sekali hantu raya ye!!!!..
Kamaruzaman Lop liked this on Facebook.
Bathiar Ahmad liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.
Tak usah terlalu berpolitik. Fikirkan masalah rakyat terutamanya. Banyak pembangunan di Selangor terencat disebabkan terlalu main politik seperti isu air. Kalau masalah tol jadi alasan, bawalah berbincang bukan batalkan terus. Rakyat merana tau.
Ahmad Nawawi M Zin liked this on Facebook.