Saya bukan mahu berdamai dengan beliau – Dr. Mahathir - pakdin.my

“I’m not making peace with him (Saya bukan mahu berdamai dengan beliau).”
Itu kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya pertemuannya dengan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi hari ini.

Dr. Mahathir memberitahu, kehadirannya ke mahkamah hari ini semata-mata untuk mengikuti kes saman Anwar yang memohon pengisytiharan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang berkuat kuasa semalam sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

“Saya berminat dengan kes ini kerana membabitkan keselamatan negara. Perkara ini ada ditulis dalam blog saya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada pertemuan kira-kira 20 minit di bilik saksi mahkamah turut membabitkan ‘kisah-kisah lama’, Dr. Mahathir hanya menjawab: “Tiada.”

Itu merupakan pertemuan empat mata kedua-dua individu terbabit selepas 18 tahun pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada beliau menyokong Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya pembangkang mentadbir negara, Dr. Mahathir menjawab: “Itu terlalu awal.”

UTAMAPOLITIKSaya bukan mahu berdamai dengan beliau - Dr. Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium