“Saya dah tutup pintu depan tapi…” #pakdin.my

KENYATAAN ringkas Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebooknya mencetus pertanyaan dan persoal dalam kalangan warganet.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan dan ditugaskan melaporkan perkembangan terkini berkaitan pengekangan virus Covid-19 dan prosedur operasi standard (SOP) seolah-olah membayangkan usaha yang dilakukannya yang memperketatkan kawalan SOP mempunyai ketirisan.

Saya dah tutup pintu depan tapi ………………..,” kata Ismail Sabri dengan meletakkan emoji muka sedih. Turut disertakan pada hantaran itu sekeping gambarnya sedang menutup pintu.

Rata-rata komen netizen terhadap hantaran Ismail Sabri itu menjurus kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya yang berlangsung kini.

“Takpe Dato usaha lagi untuk bersuara. Jika Dato melakukan dengan betul insya-Allah rakyat juga akan turut bersama Dato. Dato harus teruskan bersuara agak menteri yang lain tu dengar masalah yang berlaku. Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown kali ni umpama tiada erti pada rakyat. Fikir-fikirkanlah Dato. Jangan biarkan diri Dato dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa.”

“Masih belum terlambat, buatlah sesuatu sebab Dato ada kuasa. Jangan sia-siakan peluang “total” lockdown. Ramai rakyat terkesan dan jangan tambah derita mereka.”

“Kena tegas Paklong Ismail Sabri, pengorbanan orqng lain seperti tiada makna, tegaskan. Kalau kena tutup pintu depan, pastikan pintu belakang juga tidak dibuka.”

“Mcm kecewa je DS. Sabar DS ya buat ja mana yang terbaik. DS dah tutup pintu tapi lupa kunci tu yang boleh masuk lagi. Lain kali DS sepit kepala dia kat pintu tu je senang.”

Berkaitan