Saya setuju desakan pemandu teksi terhadap Perdana Menteri – Anwar Ibrahim - pakdin.my

PORT DICKSON – Anwar Ibrahim meluangkan masa hampir dua jam pagi ini bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat di pusat bandar Port Dickson.

Premis-premis perniagaan, restoran dan pejabat pos menjadi antara lokasi yang disinggahi yang Anwar selain beliau turut mengambil peluang bertemu dengan pemandu–pemandu teksi yang merupakan antara nadi kepada sektor pelancongan di Port Dickson.

Pertemuan dengan kira-kira 30 ahli Persatuan Kebajikan Tuanpunya dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Port Dickson itu turut digunakan Presiden PKR itu untuk mendengar keluh kesah yang dihadapi pemandu-pemandu teksi tersebut.

Pengerusi persatuan tersebut, Rosli Latib, 55, berkata, beliau berkesempatan meluahkan kekecewaan para pemandu teksi di Port Dickson yang semakin hari terjejas sumber pendapatan ekoran kehadiran perkhidmatan e-hailing seperti Grab.

“Sejak perkhidmatan e-hailing beroperasi, sumber pendapatan pemandu teksi di bandar ini semakin berkurangan ekoran pelancong lebih memilih perkhidmatan tersebut.

“Datuk Seri Anwar mengambil maklum keluhan kami itu malah beliau juga berjanji untuk membawa masalah yang dihadapi kami itu ke Parlimen sekiranya beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, kehadiran Anwar yang kelihatan segak berkemeja putih turut diambil kesempatan oleh orang ramai dan peniaga-peniaga untuk bersalaman dan berswafoto dengan beliau.

……………..

Mahathir sedia letak jawatan, kesal sikap biadap pemandu teksi
https://pakdin.my/dr-mahathir-sedia-letak-jawatan-kesal-sikap-biadap-pemandu-teksi/

https://pakdin.my/tag/teksi

UTAMAPOLITIKSaya setuju desakan pemandu teksi terhadap Perdana Menteri - Anwar Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium