24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Saya Tak Tahu Khairuddin Keluar Parti – Mahathir

Mana nak tau, yang dia tau soal harta dia dan anak-anak dia. 

Mula-mula dia kata tak nak menyertai parti cap bunga kerana tak setuju dengan Muhyiddin sebagai Presiden

Bulan September dia sertai parti cap bunga kerana sokongan terhadap Mahathir.

Sekarang dia sudah tidak menyokong Mahathir? 

Mahathir Mohamad mengakui tidak tahu menahu mengenai tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan beliau sendiri.

“Saya tak tahu dia kata dia keluar. Saya tak tahu, saya belum dengar lagi,” kata Pengerusi PPBM itu ketika ditanya pemberita mengenai ‘orang kuatnya’ meninggalkan parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku ‘Stealth: The New War Machine’ dan ‘From Beirut to Jerusalem (versi Mandarin), masing-masing merupakan tulisan Profesor Hans Husum dan Dr Ang Swee Chai di Yayasan Al Bukhary di sini, Jumaat.

Ditanya adakah beliau terkejut dengan berita berkenaan, Dr Mahathir hanya berkata, beliau akan merujuk perkara itu dengan Khairuddin.

“Tak tahulah… benda (berita) tu betul ke tak. Saya kena cakap dengan Datuk Seri Khairuddin sendiri,” ujar mantan Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun Khairuddin tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan sama ada keputusan meninggalkan parti itu dimaklumkan atau tidak kepada Dr Mahathir.

Menurut Khairuddin dalam satu kenyataan pada Khamis, keputusan itu terpaksa dibuat sebagai persediaannya untuk menghadapi beberapa kes di mahkamah.

“Saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk melawan segala bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku institusi-institusi kerajaan.

“Segala jemputan dan program ceramah di seluruh negara insyaAllah saya akan hadiri atas kapasiti peribadi dan bukan di atas platform ahli Bersatu (PPBM) lagi,” katanya.

Awal Ogos kami pernah mengeluarkan kenyataan Khairuddin berhubung pendiriannya untuk tidak menyertai PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.

Bagaimanapun Khairuddin memaklumkan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai PPBM pada September lalu sebagai tanda sokongan kepada Dr Mahathir yang bertindak sebagai pengerusi parti berkenaan.

20161027-khairuddin-pribumi-cap-bunga

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan