Saya Tidak Berdendam Dengan Sesiapa, Kata Mahathir - pakdin.my

PUTRAJAYA, 9 April  – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berdendam dengan sesiapa, termasuk bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Dalam respons segera terhadap pendedahan dalam temu bual bekas pemimpin MIC itu yang tersiar dalam akhbar New Sunday Times semalam, Dr Mahathir berkata beliau “amat sedih” apabila Samy Vellu terus-menerus mengenepikan pemimpin berkebolehan seperti bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam dan mendiang Tan Sri M.G Pandithan yang memiliki “potensi untuk menjadi penggantinya (Samy Vellu).”

Dr Mahathir juga menyangkal dakwaan bahawa beliau mempunyai peranan dalam kekalahan mengejut Samy Vellu bagi kerusi parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum 2008.

“Pada 2008, bukan Samy saja yang kalah, tapi ramai orang (lain lagi) kalah (pada pilihan raya itu),” katanya sambil menambah bahawa “ia bukan kerana saya, tapi menyebut kepimpinan pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai penyebab prestasi teruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum itu.

“Saya tidak memberitahu orang Sungai Siput supaya jangan mengundi Samy, tapi kritikan saya terhadap kepimpinan Pak Lah (Abdullah) memberi kesan terhadap pemikiran pemilih dan sebab itulah mereka tidak menyokong Barisan Nasional dan ini sudah tentulah termasuk Samy juga.

“Itulah keadaan sebenarnya. Bukan soal dendam. Ia adalah persoalan berkaitan kekuatan BN serta parti komponennya,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

UTAMABERITASaya Tidak Berdendam Dengan Sesiapa, Kata Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium