Sebahagian Anggota Mangsa Diseret Sejauh 43 Kilometer (video) - pakdin.my

Sebahagian Anggota Mangsa Diseret Sejauh 43 Kilometer

Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di Ipoh, Perak awal pagi tadi.

Lebih tragis sebahagian anggota mangsa dipercayai diseret oleh kenderaan yang merempuhnya sejauh 43 kilometer.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2:30 pagi tadi di Kilometer 274.2 lebuh raya utara selatan dekat susur keluar Ipoh.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan ke selatan dirempuh sebuah kenderaan dari arah sama.

Mayat mangsa dipercayai tersangkut di bawah kenderaan yang merempuhnya.

Bagaimanapun, polis belum dapat memastikan jenis kenderaan yang melanggar motosikal berkenaan.

Polis tidak menolak kemungkinan pemandu tidak menyedari mangsa tersangkut di bawah kenderaan dan terus bergerak selepas kemalangan itu.

Kami difahamkan pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

 

UTAMABERITASebahagian Anggota Mangsa Diseret Sejauh 43 Kilometer (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium