“Sebahagian organ dalam sudah rosak”- Ashraf Muslim mohon doa, bapa kini terpaksa ditidurkan - pakdin.my

Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim memohon doa dari semua peminat dan pengikutnya dilaman sosial agar mendoakan kesihatan buat ayahnya, Muslim Bulat, 67, yang terpaksa ditidurkan.

Ashraf dilihat berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pagi ini.

Menurut Ashraf, ayahnya terpaksa ditidurkan atau melalui prosedur intubasi kerana berada pada tahap lima selepas disahkan positif wabak Covid-19 pada Jumaat lalu.

“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat.

“Ayah saya sedang melalui proses yang sukar sekarang ini. Jantung semakin lemah serta sebahagian organ dalam sudah rosak. Saya mohon sangat kepada ahli keluarga dan rakan mendoakan ayah agar kuat dan diberi kesembuhan dengan cepat,” katanya.

Ashraf, 40, atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim juga berharap akan ada keajaiban yang akan berlaku terhadap bapanya itu untuk kembali sihat seperti sedia kala.

UTAMAGAYA HIDUP“Sebahagian organ dalam sudah rosak”- Ashraf Muslim mohon doa, bapa kini terpaksa...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium