Sebahagian tapak pengkalan TUDM Sungai Besi untuk perumahan rakyat

Kalau sebelum di menerusi Hot FM,pagi Khamis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berinteraksi pula dengan para pendengar Radio One FM.

Semasa program berkenaan di Seri Pentas,Petaling Jaya beliau antara lain memberitahu sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di Kuala Lumpur akan dibangunkan dengan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Menurutnya PRIMA yang akan menawarkan rumah dan kondo berharga kurang dari RM220,000 dalam kawasan Bandar akan dilancarkan bulan depan.

Katanya kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Putrajaya Corp untuk membangunkan PRIMA yang berkonsepkan sosial bisnes.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pangkalan TUDM di Sungai Besi akan dipindahkankan ke Sendayan, Negeri Sembilan.

Perdana Menteri juga berkata  kerajaan akan mengkaji semula dasar pemberian biasiswa untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan dengan menyediakan sebahagian kecil peruntukan untuk pelajar berkenaan menghabiskan program pra universiti.

Beliau menjelaskan  pemberian biasiswa sepenuhnya akan diagihkan apabila pelajar itu berjaya memperolehi keputusan cemerlang dan ditawarkan tempat di universiti terkemuka. -23/6/2011

 

najibkonti1

najibkonti2

 

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.