Sebanyak 109 Syor Dikemukakan Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1

Laporan Ketua Audit Negara 2013

- Advertisement -

Sebanyak 109 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 bagi membantu kementerian, jabatan dan syarikat kerajaan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mengandungi perkara yang telah diperhatikan hasil daripada pengauditan terhadap 17 program, aktiviti dan projek di bawah 14 kementerian dan jabatan serta pengurusan dua syarikat kerajaan.

“Mulai tahun ini, menteri-menteri telah dimaklumkan tentang laporan yang melibatkan kementerian masing-masing bagi memastikan mereka mengetahui lebih awal isu-isu yang akan dilaporkan serta mengambil tindakan segera,” katanya dalam Kata Pendahuluan laporan itu.

Ambrin berkata pada umumnya, terdapat kelemahan seperti ‘improper payment’, kerja/bekalan/perkhidmatan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai; kelewatan dan harga tidak munasabah; pembaziran; kelemahan pengurusan hasil, pengurusan dan penyenggaraan aset kerajaan; ketidakpatuhan terhadap undang-undang alam sekitar serta kelemahan pengurusan syarikat kerajaan.

Beliau berkata kelemahan itu disebabkan kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosedur yang ditetapkan kerajaan; kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender dan tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor/vendor/perunding.

Kelemahan lain termasuk kurang kemahiran dalam pengurusan projek; lewat membuat keputusan mengenai perolehan; sistem maklumat kementerian/jabatan/syarikat kerajaan yang tidak lengkap dan tidak kemas kini; kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek dan kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset.

Menerusi laporan itu, Ambrin berkata Jabatan Audit Negara telah menjalankan empat jenis pengauditan iaitu Pengauditan Penyata Kewangan, Pengauditan Pematuhan, Pengauditan Prestasi dan Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan.

Beliau berkata ‘Auditor General’s Dashboard’ yang dilancarkan pada 30 Mei 2013 dipaparkan di Laman Portal Jabatan Audit Negara keesokan harinya yang menunjukkan status tindakan Laporan Ketua Audit Negara terkini mulai tahun 2012.

“Ia berperanan untuk memantau tindakan oleh kementerian, jabatan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan, selain itu, ia juga bagi menunjukkan komitmen serius kerajaan terhadap isu-isu ketirisan pengurusan kewangan kerajaan,” katanya.

Ambrin berkata ‘Auditor General’s Dashboard’ juga merupakan saluran pemberitahuan kepada pihak awam berhubung status tindakan yang diambil.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.