Sebelum Ini Salahkan Rakyat Enggan Daftar Vaksin… Kini Stok Pula Tidak Cukup – Ahmad Zahid - pakdin.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kekecewaan apabila kadar pemberian vaksin masih perlahan meskipun hampir 17 juta rakyat sudah mendaftar.

Katanya, sebelum ini rakyat seolah-olah dipersalahkan kerana enggan mendaftarkan diri untuk menerima suntikan.

“Kini alasan terbaru beberapa pusat pemberian vaksin Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-1 berdepan kekurangan bekalan pula.

“Sebab ramai mahu suntikan maka stok vaksin di PPV tidak cukup. Penghantaran tidak dapat dibuat. Mereka yang tidak dapat suntikan vaksin ketika temu janji diminta pulang dan diberi tarikh baru.

“Apa benda? Bukankah rekod pendaftaran dan tarikh temu janji suntikan ditetapkan oleh kerajaan. Bukan rakyat yang memandai-mandai menetapkan sendiri tarikh temu janji. Jika rekod temu janji ditetapkan 1,000 orang, maka pastilah ada 1,000 dos,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, rakyat tidak boleh menuding jari kepada petugas kesihatan dalam isu ini kerana mereka mengikut ketetapan kerajaan.

Sementara itu, beliau juga turut mempersoalkan daripada 8 juta dos yang telah diterima kerajaan setakat ini hanya 7 juta dos sahaja yang telah digunakan.

“Bermaksud stok sedia ada tidak mencukupi untuk majoriti baki yang telah mendaftar Jika begitu berapa lama lagi tempoh masa diperlukan sebelum Malaysia capai Herd Immunity?

“Sedangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu beri jaminan akan memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negara ini.

“Kerajaan PN kata komited untuk mendapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya dengan menyertai program ‘COVID-19 Vaccine GlobalAccess‘. Berbilion-bilion wang negara diumumkan akan digunakan untuk mendapatkan bekalan vaksin,” tegas beliau. – UMNO Online

UTAMABERITASebelum Ini Salahkan Rakyat Enggan Daftar Vaksin… Kini Stok Pula Tidak Cukup...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium