Secebis Kisah Najib & Rosmah Cekal Meniti Tomahan Dunia! - pakdin.my

#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #SelamatkanMalaysia #RinduZamanNajib

Ramai tertamu sedar melihat Datin Seri Rosmah Mansor menitiskan air mata ketika menerima kunjungan pelbagai pihak, sama ada ahli-ahli Umno, orang awam, ahli peniaga, orang-orang asing, beberapa artis tanah air dan pelbagai pihak yang tidak diduga termasuk ulama dan guru serta pelajar tahfiz di kediamannya di Taman Duta yang tidak putus-putus sejak kejatuhan pasangan suami isteri ini.

Mereka bukan sekadar datang mengunjung, tetapi ada yang sanggup melakukan solat hajat berjemaah hingga bersiri-siri di serata negara tanpa disuruh dan percuma!

Rata-rata dari mereka yang datang mengunjung, tidak putus-putus mengucapkan kata-kata sokongan kepada beliau sambil berpelukan. Sudah cukup membahagiakan mereka berdua, walaupun ucapan itu tidak sedikitpun dapat membantu terhadap apa yang sedang mereka hadapi.

Dato Sri najib menyatakan “saya suami isteri amat terharu dengan sokongan diterima” katanya dalam nada begitu tenang meluahkan reaksi kepada setiap tetamu yang hadir.

Datin Seri Rosmah juga sempat memberi reaksi berhubung siasatan SPRM, dengan tenang berkata “untuk apa saya takut kerana saya tidak bersalah”.

Dato Sri Najib juga bersuara “Walau betapa perit dugaan, ingatlah firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 214, mafhumnya: Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat,” luahnya

Dato Sri Najib pernah bersuara “Rakyat tidak perlu ke jalan raya atas nama saya dan isteri saya” “Biar kami berdua hadapi sendirian kerana saya tidak mahu tindakan ini menyebabkan ekonomi yang saya bina musnah”

Malah ini bukan pinta mereka terhadap rakyat sahaja, sebaliknya juga terhadap Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Hishammuddin supaya tumpu sepenuh perhatian membina UMNO semula.

Apa yang pengunjung faham situasi ekonomi memang telah carca-merba angkara kegagalan Mahathir dan Guan Eng yang terlampau berdendam dan tidak tahu menyaingi kepakaran Dato Sri Najib dalam selok belok membina ekonomi negara!

Lagipun ramai rakyat tidak sedar yang apa jua syarikat, projek atau GLC yang pernah diuruskan Mahathir semuanya pernah bankrap malah syarikat perkapalan Mohzani, kedai roti Mahathir atau Proton dibawah Mahathir seketika dulu hancur bankrap dan perlu suntikan berkali-kali dan mangsanya wang rakyat. Bagimana nak lawan Dato Sri Najib!

Walaupun mereka berdua menghadapi cacian, penghinaan, difitnah tidak-tidak putus hingga tiada satu pun jasa-jasa dan pengorbanan mereka kepada rakyat dikenang!

Malah rakyat yang pernah menerima pelbagai bantuan dari jasa-jasa mereka, sanggup meredakan lebih 180 legasi peninggalan mereka ditukar nama sebagai jasa-jasa ciptaan Mahathir dan Lim Guan Eng.

Bila ditanya apa perasaan mereka bila Mahathir dan Guan Eng bertindak sedemikian, Dato’ Sri Najib menjawap “Saya dan isteri lebih gembira dan banyak meluangkan masa beramal ibadat, mengambil keberkatan bulan penuh mulia ini’ tanpa sedikitpun menunjuk rasa kecewa terhadap apa yang mereka alami!

Rata-rata yang hadir cuma menceroboh ke emosi pasang suami isteri ini untuk menyelami perasaan mereka, tetapi susah untuk melakukan sedemikian kerasa riaksi Dato Sri Najib ini sama seperti ketika menjadi PM Ke-6 iaitu sentiasa peramah dan tenang.

Sambil sekali-sekali mata Dato Sri Najib meninjau terlatah cucunya di satu sudut. benarlah kata pasangan ini “Ini masa yang sesuai untuk bersama anak cucu mereka setelah sekian lama terlalu sibuk mencurahkan bakti pada nusa dan bangsa terutama dalam membela kedudukan Islam, raja-raja melayu, orang-orang melayu dan negaraku yang tercinta.

Kehebatan pasangan ini aku hanya dapat ucapkan dengan linangan sebak dimata hatiku. Hanya Allah maha mengetahui dan merancang Qada dan Qadarnya. Mudah-mudahan kedua Lagenda Bangsa ini mendapat rahmat setinggi-tinggii darjat dan aku percaya segala pengorbanannya akan dikurniakan ganjaran pahala yang tidak tergambar dengan kata-kata, walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia. Amin
——————-
Sumber:
Mohd Fadzil
UTAMAPOLITIKSecebis Kisah Najib & Rosmah Cekal Meniti Tomahan Dunia!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium