Sedangkan Russia pun tolak LGBT, apa alasan Marina Mahathir - pakdin.my

Share tulisan Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi:

Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir,

1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang penganut LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na’uzubillah.

8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!

Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018

#NormalisasiDosa #NoLGBTIQ
#NoLesbian
#NoGay
#NoBisexual
#NoTransexual
#NoIntersexual
#NoQuestioning

https://www.facebook.com/nurilyani.mohamednawawi

Posting ni kena block sbb penyokong LGBT buat report FB.. Baru 4k likes, 2.7k shares n 200 comment

…………….
‘LGBT hanya mahu hak sama seperti semua orang, tak lebih’

Komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia hanya mahukan hak yang sama dinikmati rakyat Malaysia lain dan tidak lebih daripada itu, kata aktivis sosial Marina Mahathir hari ini.

Marina berkata, komuniti LGBT menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

“Di Malaysia, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang anda lihat di Barat. Saya fikir semua orang telah diwarnai oleh apa yang mereka lihat di Barat.

“Masyarakat LGBT di Malaysia tidak meminta hak tambahan, mereka minta hak yang sama seperti orang lain.

“Setakat yang saya tahu, dan saya mempunyai sejarah panjang mengetahui komuniti ini, mereka tidak begitu agresif dalam menuntut hak mereka.

“Seperti yang anda lihat, sebahagian besar daripada mereka terpinggir, dan jika anda dipinggirkan, anda pada asasnya tidak mempunyai daya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ampang hari ini.

Marina diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan bahawa LGBT tidak seharusnya didiskriminasikan, tetapi tidak boleh mencabar sistem dan nilai di negara.

“Setiap warganegara Malaysia bebas dan tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja dan dalam isu lain.

“Berhubung orientasi seksual, jika kita diam-diam tanpa mencabar sistem, itu isu lain.

“(Tapi) jika kita secara terbuka mempromosikan LGBT sebagai budaya, ia akan menjadi isu terhadap nilai dalam masyarakat kita dan undang-undang negara,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen pada 17 Julai lalu.
……….
https://pakdin.my/tag/marina-mahathir/

https://pakdin.my/tag/lgbt

UTAMAGAYA HIDUPAGAMASedangkan Russia pun tolak LGBT, apa alasan Marina Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium