Sedar Implikasi Kemelut, Pemuda Pakatan Rakyat Gesa Selesaikan Segera (video)

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

wan-azizah-sidang-dun
Sudah terhatuk baru nak terngadah.

Hah, itulah dia, bila Sultan menitahkan sesuatu, kita sebagai hamba perlulah akur.

Jika dititahkan tiga, sebagai hamba kenalah kita mempersembahkan tiga, bukannya ikut suka hati kita lantaran semua tentu maklum bahawa Paduka Sultan adalah pemberi kata putus terakhir, lebih-lebih lagi isu besar umpamanya perlantikan ke jawatan Menteri Besar.

Kini, bila isu itu sudah berlarutan dan menimbulkan pelbagai polemik, mulalah terfikir pelbagai implikasi negatif sedangkan pada awalnya bagai nak rak menyatakan pendirian menyokong pemimpin parti masing-masing sekalipun sedar isunya membabitkan Paduka Sultan.

Itulah yang kelihatan cuba dilakukan Pemuda Pakatan Rakyat yang membuat sidang media menuntut pimpinan tertinggi mereka supaya menyelesaikan segera kemelut jawatan Menteri Besar Selangor bagi mengelak rakyat daripada terus hilang kepercayaan kepada gabungan itu.

 

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, krisis itu perlu segera diselesaikan kerana mampu mengurangkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

“Kita mintalah kepada pucuk pimpinan setiap parti supaya selesaikan segera isu ini bagi mengelakkan ia berpanjangan.

“Setiap hari, setiap bulan…kelewatan itu akan mengurangkan sokongan, keyakinan rakyat juga semakin berkurangan,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong.

Menurutnya, sayap ketiga-tiga parti itu secara bersama akan menemui kepimpinan tertinggi parti masing-masing secara berasingan dalam tempoh terdekat bagi menyatakan kebimbangan mereka.

Suhaizan bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan PAS membuat keputusan apabila ditanya pendirian Pemuda PAS mengenai penolakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau juga enggan bersetuju dengan cadangan supaya akur titah Sultan andai Sultan Sharifuddin Idris Shah menitahkan Adun PAS mengisi jawatan Menteri Besar sebaliknya menyarankan pihak istana berbincang dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Yang pasti, masyarakat seluruh negara semakin letih dengan kemelut yang dicetuskan PR lebih-lebih lagi dengan kenyataan-kenyataan yang tambah mengelirukan pelbagai pihak.

Apa pun, nak menyabun biarlah bertempat, bak kata golongan muda.

BACA juga:

Leave a Reply