Tuesday - July 27, 2021 @ 06:18
POLITIKSegelintir pesara pegawai tentera hilang integriti - PM @NajibRazak

Segelintir pesara pegawai tentera hilang integriti – PM @NajibRazak

bekas-pegawai-tentera-pkrPUTRAJAYA 8 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan segelintir pesara pegawai tentera yang menyertai pembangkang sebagai kehilangan integriti sehingga sanggup menggadai maruah diri.

Menurut Perdana Menteri, segelintir individu terbabit juga sanggup menggadaikan prinsip kesetiaan semata-mata mahu mengejar wang ringgit dan pangkat yang dijanjikan pihak-pihak tertentu.

“Maruah dan harga diri tidak boleh dibeli, biarpun ada orang janji macam-macam pada mereka, tapi penghormatan manusia tidak boleh dibeli oleh wang ringgit.

“Sebenarnya semua dalam Mindef (Kementerian Pertahanan) tahu. Kita ada ada prinsip kemanusiaan, sebagai manusia biar kita hilang segala-galanya sebab kita ada prinsip kesetiaan. Orang putih kata, you come into the office with honour and dignity and you leave the office with honour and dignity,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Pesara Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. Kira-kira 3,000 pesara kerajaan menghadiri perjumpaan tersebut.

Bagaimanapun beliau memuji sebahagian besar para pesara kerajaan yang terus mempertahankan maruah mereka dengan tidak mengetepikan kesetiaan ketika masih berkhidmat dahulu sehinggalah zaman persaraan.

Perdana Menteri menegaskan, masa depan negara bergantung kepada kesinambungan kerajaan yang ada pada hari ini.

“Yakinlah jika menyokong kerajaan sedia ada kita akan melakar kejayaan. Saya akan bekerja lebih kuat. Saya beri jaminan bekerja sepenuh hati,” tegas Najib.

Untuk rekod terdapat kira-kira 725,000 pesara kerajaan yang membentuk kira-kira 12 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih di negara ini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here