24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Sehari lepas angkat sumpah, Annuar harap parlimen dibubar

Dua hari selepas kabinet baru diumumkan, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberi bayangan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan bertahan sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Justeru itu beliau berharap parlimen dibubarkan dengan segera agar kerajaan dapat dibentuk melalui “pintu depan”, seperti yang dimahukan oleh Muafakat Nasional pada awalnya.

“Setelah kerosakan yang ditinggalkan PH diuruskan dan wabak Covid-19 reda kita harap pintu depan segera dibuka dengan Parlimen dibubarkan, sepertimana dari awal dimahukan oleh Muafakat Nasional.

“Kita serah pada rakyat, sejauh mana rakyat mahu geng bersama DAP ini,” tulisnya di Twitter.

Annuar yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Wilayah Persekutuan semalam berkata demikian berikutan serangan terhadap PN kerana didakwa membentuk kerajaan melalui pintu belakang.

‘Langkah Sheraton’ yang  bermula pada 23 Feb lalu, menyaksikan tumbangnya kerajaan PH, apabila Bersatu yang pernah menjadi komponen PH, bekerjasama dengan BN, PAS, beberapa bekas pemimpin PKR diketuai Azmin Ali.

Gabungan itu juga disokong oleh GPS bagi membentuk kerajaan baru.

BN dan PAS pada mulanya menyokong pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, namun menarik balik sokongan kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan perdana menteri ketujuh itu.

BN dan PAS kemudian meminta agar pilihan raya mengejut diadakan bagi memilih kerajaan, namun kemudian menyokong presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Muhyiddin mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac, dan mengumumkan kabinetnya dua hari lalu.

‘Wirid kerajaan pintu belakang’

Kata Annuar, PH sepatutnya tidak terus menyalahkan orang lain dan sedar akan kesilapan mereka, bukannya terus “berwirid” mengecam orang lain menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’.

“Masalah dengan PH, mereka berada dalam sindrom penafian dan blaming others (menyalah orang lain) secara kekal.

“Mereka yang berebut jawatan, mereka yang letak jawatan, mereka yang terjun tingkap dari PH tapi mereka semacam wirid kononnya kerajaan pintu belakang.

“Mereka tidak pernah sedar kesilapan mereka,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, krisis dalaman PH menyaksikan PKR dan Bersatu sering berselisih tentang waktu peralihan kuasa antara Mahathir dan presiden PKR Anwar Ibrahim.

Namun mesyuarat Majlis Presiden PH yang terakhir mencapai persetujuan agar Mahathir diberikan ruang sebagai perdana menteri, tanpa syarat.

Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sehari selepas Langkah Sheraton, kerana tidak bersetuju dengan keputusan partinya menyertai PN.

https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1237530953729208320?s=19

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan