Sekarang pemimpim PH kata ECRL memberi menafaat tidak lagi jual negara

Pemimpin-pemimpin PH ketika ini sedang memuji projek ECRL.

Dikatakan ECRL banyak memberi manfaat kepada negara dan akan menjadi penyelamat kepada ekonomi sekarang yang sedang merosot.

Dipuji juga bagaimana ECRL akan meningkatkan pembangunan KDNK negara untuk tahun-tahun yang akan datang.

Tapi saya masih ingat masa sebelum PRU14.

ECRL dikatakan projek membazir. Dituduh projek songlap.

Langsung tidak diperlukan.

“Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 4 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan.” kata mereka.

“ECRL tidak akan ada penumpang. Siapa yang mahu guna?”

“Projek lebuhraya merangsangkan ekonomi. ECRL tidak.”

“ECRL ialah bukti Najib jual negara kepada China”.

Ya, saya ingat.

Sangat ironi bahawa satu lagi projek Najib yang dikecam, difitnah dan dituduh projek songlap dan jual negara kini menjadi penyelamat ekonomi masa PH.

Tapi ada juga kebimbangan bahawa laluan yang tidak lagi akan sampai ke Ibukota dan ke Putrajaya mungkin menyebabkan ECRL tidak mencapai matlamat asal.

Dr Mahathir: Lebuh raya rangsang ekonomi, ECRL tidak

Dr Mahathir: Lebuh raya rangsang ekonomi, ECRL tidak

#FitnahSudahMenang

Facebook Najib Razak

Comments (10)

  1. Rossana Pioh May 19, 2019 @ 8:10
  2. Normahkhairisya Khairisya May 19, 2019 @ 8:26
  3. Sofiah Shaffii May 19, 2019 @ 8:48
  4. Khalis Zafri May 19, 2019 @ 10:36
  5. Mohd Budin May 19, 2019 @ 14:07
  6. Rizmin Yusoff May 19, 2019 @ 18:36
  7. Jiman Gman May 19, 2019 @ 22:17
  8. Fazli Farhan May 19, 2019 @ 23:51
  9. Mohd Irwan May 21, 2019 @ 21:05

Leave a Reply