Sekolah di Pahang, Tanjung Malim diarah tutup - pakdin.my

Keadaan jerubu di salah sebuah sekolah berdekatan Tanjung Malim
Keadaan jerubu di salah sebuah sekolah berdekatan Tanjung Malim

Semua sekolah di Pahang dan Tanjung Malim diarahkan tutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4 petang tadi menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat (201-300).

Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini. “Jabatan Pendidikan Daerah berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan segera,” demikian menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan tiga daerah di Sarawak – Sri Aman, Kuching dan Samarahan – ditutup, esok.

Ini berikutan bacaan IPU di semua kawasan berkenaan hari ini menunjukkan paras tidak sihat atau sangat tidak sihat.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik manakala 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas berbahaya.

UTAMAPOLITIKSekolah di Pahang, Tanjung Malim diarah tutup

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium