Seks dan Kuasa: Politik Kotor Mahathir berulang [Video] - pakdin.my

Tiada pelan peralihan menimbulkan keraguan terhadap niat Mahathir. Pura-pura pekak ketika ditanya soalan dalam wawancara bersama stesen televisyen Bloomberg “Do you trust Anwar Ibrahim” menimbulkan persoalan, adakah beliau mempercayai Anwar untuk menggantikan beliau.
…………….

Perjuangan kuasa, skandal seks dan kelembapan melaksanakan reformasi pemulihan ekonomi: Walaupun kerajaan di Malaysia berubah, banyak perkara tidak berubah.

Lebih kurang setahun selepas Mahathir Mohamad mengambil alih pentadbiran negara yang pertama kali beralih kuasa selepas enam dekad, banyak perkara lama yang sama telah lama muncul kembali di Malaysia. Di tengah-tengah permasalahan itu adalah persoalan bila Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, yang yang menjadi pemimpin antara parti terbesar didalam Pakatan Harapan.

“The time is not very specific,” Mahathir memberitahu Bloomberg dalam satu wawancara di ‘Sidang Kemuncak Ekonomi Asean Business’di Bangkok pada Jumaat lepas (21 Jun 2019) apabila ditanya mengenai tempoh masa untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

“I made a promise knowing my relationship with him was not always that good,”
(“Saya membuat janji kerana menyedari hubungan saya dan beliau tidak selalunya baik,”) tambah Mahathir dalam wawancara bersama Haslinda Amin dari Stesyen Televisyen Bloomberg.

Beliau menambah : “But the fact is I made a promise and I stick to my promise.”
(“Tetapi hakikatnya saya berjanji dan saya berpegang kepada janji saya.”)

Tahun lepas (1998), kedua-dua pemimpin mengenepikan permusuhan diantara mereka dan bersatu untuk menumbangkan bekas Perdana Menteri Najib Razak, dengan menggunakan fitnah isu skandal dana 1MDB. Tetapi ketidakpastian terus memuncak memandangkan Mahathir terus mahu berkuasa.

Terbaru penyebaran video bersemburit dari akaun WhatsApp yang tidak dikenali yang didakwa memaparkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Azmin Ali, timbalan Anwar dalam Parti Keadilan Rakyat yang juga dilihat sebagai saingan beliau untuk menjadi perdana menteri. Parti itu berpecah kepada dua puak – satu menyebelahi Anwar dan satu lagi menyebelahi Azmin – yang berterusan berseteru, menurut seorang pemimpin dalam PH yang tidak mahu dikenali.

Imbas kembali politik Malaysia pada tahun 1990an, ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Mahathir dan disebut-sebut sebagai penggantinya. Tetapi Mahathir memecat Anwar dan akhirnya beliau disumbat kedalam penjara selama enam tahun pada tahun 1998, atas sabitan kerana penyalahgunaan kuasa dan meliwat. Anwar kembali ke penjara pada tahun 2015 atas pertuduhan meliwat dan menerima pengampunan selepas pilihan raya tahun lalu.

Azmin menerima nasib sama didakwa terlibat dalam video yang menggambarkannya dia bersama seorang lelaki terlibat dalam perbuatan bersemburit, yang jika benar akan meletakkannya sebagai melanggar undang-undang liwat. Beliau telah meletakkan dirinya sebagai pilihan utama Mahathir untuk jawatan perdana menteri, kata Eurasia Group dalam satu laporan pada hari Selasa (18 Jun 2019)

Parti pemerintah “terlalu tertumpu kepada politik dan bukannya mereformasi negara,” kata Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya. Beliau menambahkan bahawa Mahathir tidak jauh berbeza berbanding ketika kali pertama beliau sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003, apabila beliau dikritik kerana menekan media dan musuh politiknya.

“A leopard never changes its spots,” (“Harimau tidak pernah mengubah kedudukannya”) kata Awang. “Begitu juga bagi Mahathir kerana dia sama seperti sebelum ini dan tidak pernah berubah. Hanya tanpa kuasa dia kelihatan seperti merendah diri dalam politiknya. ”

Mahathir pura-pura pekak bila ditanya soalan “Do you trust Anwar Ibrahim” menimbulkan persoalan ADAKAH MAHATHIR MEMPERCAYAI ANWAR:

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/I6Z_c0SDbgM

https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
https://pakdin.my/tag/mahathir

UTAMAPOLITIKSeks dan Kuasa: Politik Kotor Mahathir berulang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium