26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada ekonomi negara – Najib

najib-razak-sektor-pelancungan

Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara (NTP), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014.

“Walaupun suatu tahun penuh duka sengsara yang menyaksikan dunia bersedih dengan kita namun industri pelancongan kita masih mampu menarik 27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion.

“Ini adalah angka sihat yang kita tidak gentar untuk didedahkan,” kata perdana menteri dalam blognya NajibRazak.com hari ini.

“Bagaimanapun, kesan daripada pelancongan melangkaui ketibaan pelancong atau pendapatan daripada pelancong…apabila kesannya adalah paling penting dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi yang mampan,” katanya.

Sejak pengenalan NTP, industri pelancongan telah memainkan peranan dalam membuka peluang baharu untuk rakyat Malaysia dan oleh itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan atas kempen promosi yang agresif di luar negara.

Justeru, katanya, hasil daripada kempen promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai ‘negara antara Singapura dan Thailand.’

“Kempen promosi telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian kita. Kita adalah negara contoh sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan sederhana.

“Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema ‘1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang’ telah memberi semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah 2020,” katanya.

Menurutnya, sektor pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion serta mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan.

Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau Borneo sehingga ke hutan tropika dan syurga membeli-belah, kerajaan akan menjadikan industri pelancongan sebagai sempadan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, kata Najib.

Menurutnya pengumuman langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India.

Katanya, ia melibatkan program membangunkan produk ikonik termasuk memberi nahas baharu kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana, menjadikan ia lebih menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat.

“Pada 2017, Malaysia akan memiliki resort destinasi bersepadu paling menarik, Desaru Coast Destination. Ia menawarkan kehidupan mewah dan aktiviti santai dengan merangkumi hotel dan resorts mewah, lapangan golf, perkampungan membeli-belah, taman tema air dan sebuah pusat persidangan,” katanya.

Najib juga menyentuh pelbagai produk pelancongan lain seperti Mahsuri di Langkawi, Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan warisan Peranakan di Melaka serta tapak warisan dunia, Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah.

Beliau juga berkata, Malaysia juga menjadi tuan rumah bagi acara-acara menarik seperti perlumbaan Grand Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara terjunan bebas, KL Tower Base Jump.

Perdana Menteri berkata, tinjauan oleh sumber-sumber bebas Itali pada Ekspo Milano di Itali, yang dikunjungnya baru-baru ini, menunjukkan Malaysia menghuni ranking ketiga dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong pada ekspo itu.

“Ini, saya percaya ia adalah petanda yang kukuh dan positif bagi industri pelancongan Malaysia,” katanya.

Najib berkata semasa mula mengambil alih jawatan perdana menteri, Malaysia ketika itu berdepan dengan cabaran untuk mempunyai sumber pendapatan lestari bagi mentadbir negara dengan kebergantungan terhadap minyak adalah pada kadar 41.3 peratus dan bekalan minyak diramal hanya dapat bertahan selama 15 tahun.

Justeru, katanya beliau memulakan NTP dengan visi untuk mewujudkan sebuah sistem yang mampan bagi membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia.

NTP telah membolehkan aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalisis dan oleh itu terdapat keperluan untuk mempelbagaikan ekonomi negara, katanya.

“Industri pelancongan memainkan peranan penting bagai memperkukuhkan kepelbagaian ekonomi Malaysia. Program NTP telah memanfaatkan rakyat Malaysia secara langsung termasuk industri pelancongan,” katanya.


Diversifying economy, developing opportunities

“One billion tourists, one billion opportunities”. The theme of this year’s World Tourism Day, celebrated recently on September 27, strikes a resonance to Malaysia’s journey towards 2020.

When I first took over as Prime Minister, our country was faced with the challenge of having a sustainable source of income to run the country. Back then, our oil dependency was at 41.3% and our oil supply was predicted to be able to last for merely 15 years. 15 years means my grandchild would grow up to a Malaysia that would be struggling to sustain itself if nothing was done to rectify the problem.

Hence, I initiated the National Transformation Programme (NTP) with a vision to create a sustainable system for developing our homeland. Our homeland is the sacred ground that needs to be appreciated and treated with respect; our developments must continue to go hand in hand with the best interest of Malaysians. NTP allows our expectations for 2020 to be achievable via rationalised means. There was an urgent need to diversify our economy and the tourism industry plays an important role in strengthening and diversifying our economy.

Malaysia’s tourism is now the 6th largest contributor to the national economy, contributing a total of RM161 billion or 14.9% of our GDP in 2014. In spite of a year of tragedies that saw the whole world grieve with us, our tourism industry still managed to attract 27.44 million tourist with RM72 billion in tourist receipts to boast. These are healthy figures that we are not afraid to flash out. However, the impact of tourism goes beyond tourist arrivals or tourist receipts, its impact is most important on the sustainable development of our economy and society.

Since the inception of NTP, the tourism industry has played a role in opening up new opportunities for Malaysians. Thanks to our aggressive promotional campaigns abroad, we are no longer known as “the country between Singapore and Thailand”. It has successfully showcased our uniqueness, our harmony and diversity. We are the model country for a progressive and moderate Islamic nation.

In turn, this has benefited Malaysians directly. In 2014 alone, the industry brought in RM19.4 billion of investment. More impressively, it has contributed a total of 1.77 million jobs (13% of total employment). The trickle down economy will benefit even the small homestay in the remote area of Sabah providing the local communities opportunities to enhance their quality of lives. The consistent growth of our tourism industry had also encouraged cultural practitioners to keep on championing our heritage as a source of living. I thank them especially for keeping our culture alive and reminding us of our identity.

In realising the potential that we have, from the beauty of the Borneo islands to our lush tropical forests and shopping heavens, we will make the tourism industry the new frontier in facing the current economic challenges.

The recently announced economic measures have seen an additional RM80 million will be allocated to intensify promotional activities in selected markets including Asean, China and India. Our strategic and effective promotional efforts abroad plays a vital role as it acts as a window to Malaysia, showcasing our rich and vibrant history to the world outside. At home, our National Museum will be given a new life with the new capital injection and I aspire to see that it will be of the same footing as the British Museum. We will see the same transformation to the National Monument and the Perdana Botanical Garden making it more attractive and accessible to visitors.

In 2017, Malaysia will be the home for the region’s most exciting integrated destination resort, the Desaru Coast. It will present a seamless integration of modern luxury living and fun activities, offering five luxury resorts and hotels, championship golf courses, a lifestyle retail village, a water theme park and a conference centre. At first glance, we may be seen as attracting high income tourists, professionals and foreign guests who see Malaysia as their second-home, but on second thoughts, this is perhaps a win-win strategy as they will be here to spend their money on food and beverages, tour guides, garments and many others which goods and services are owned and served by locals. We stand to benefit a great deal out of this model, be it from macro indicators of GDP and currency exchange, or at a micro level the income of locals.
Our diverse history, culture and religious diversity presents a great opportunity for tourists to get to know Malaysia and for Malaysians to rediscover our historical and cultural roots. We have a lot to offer.

For the culture enthusiasts, we can always start by discovering the legend of Mahsuri in Langkawi then hop onto the ferry to Penang to visit Kek Lok Si temple and continue down south to learn about the history of Melaka, home to one of the earliest Malay Sultanates as well as the Peranakan heritage.

For the adventurous travellers, Malaysia is home to one of the best diving sites in the world, as well as two UNESCO natural heritage sites (Gunung Mulu National Park, Sarawak & Kinabalu Park, Sabah). We are also home to exciting events such as the Formula 1 Grand Prix, Le Tour de Langkawi and KL Tower Base Jump. Not forgetting that each and every one of these places are also famous food destination that cannot be missed!

In a recent poll conducted by independent Italian sources at the Expo Milano that I’ve just returned from, Malaysia is ranked third most preferred destination by visitors to the Expo. This, I believe, is a strong and positive indicator for the Malaysian tourism industry.

We are after all, a blessed nation. Blessed with a vibrant economy with good balance between physical development and preservation of nature, blessed with a harmonious multicultural society as well as peace and stability. Our diversity is a blessing, something that unites us, not divide us.

Malaysia is indeed a melting pot of culture, a destination that caters for all. A land of endless opportunities.

Berita Berkaitan

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...
00:03:29

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...