30 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

BEERSIH 2.0 – Sektor Pelancongan Rugi RM600 Juta Akibat Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan kerugian sekurang-kurangnya RM600 juta hasil perbelanjaan para pelancong dari Asia Barat sekiranya Bersih 2.0 diadakan pada Sabtu ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, angka kasar tersebut diperoleh jika mereka mengelak daripada berkunjung ke ibu kota pada 8, 9 dan 10 Julai ini atas faktor keselamatan.

Menurutnya, pada Julai tahun lalu, sebanyak 2.2 juta pelancong dari Asia Barat melawat ke negara ini dan mereka membelanjakan sebanyak RM6 bilion.

Katanya, ini bermakna secara puratanya mereka membelanjakan RM200 juta sehari dalam tempoh tersebut.

“Pelancong tidak suka pergi ke tempat yang dirasakan tidak selamat. Ibu bapa pelancong juga tidak ingin anak-anak mereka melawat ke tempat yang tidak selamat.

“Sekiranya demonstrasi Bersih berlangsung, mereka ingat Malaysia satu kawasan yang tidak selamat. Maka ia adalah satu ancaman kepada ekonomi negara,” katanya.

Beliau berucap demikian pada pelancaran Pesta Ramadan Arab yang bertemakan ‘The Blessings of Ramadan…1Malaysia’ di sini, Isnin.

Pesta yang menonjolkan kepelbagaian budaya Arab dan Malaysia itu akan diadakan di i-City Shah Alam dari 1-31 Ogos ini.

Ng memberitahu, pemandu pelancong, pemandu bas, pemandu teksi dan para peniaga akan turut terjejas pendapatan mereka apabila huru-hara berlaku rentetan demonstrasi Bersih 2.0 nanti.

“Malaysia ialah negara yang harmoni dan menjunjung kepelbagaian budaya dan kaum. Mereka yang membuat demonstrasi ini adalah golongan yang tidak bertanggungjawab!” tegasnya.

Dalam sidang akhbar sejurus itu, Ng memberitahu, sebanyak 320,000 pelancong dari rantau itu antaranya Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melawat negara ini pada tahun lalu.

Katanya, setiap warga pelancong Arab itu membelanjakan RM7,400 dalam setiap kunjungannya berbanding perbelanjaan purata RM2,700 bagi pelancong dari negara lain untuk tempoh yang sama.

“Oleh itu, mereka membelanjakan RM2.36 bilion pada tahun lalu dan kami berharap mereka terus melawat ke Malaysia,” katanya.

Mengenai sasaran bilangan pelancong dari rantau itu bagi tahun ini, Ng berkata, kementeriannya tidak menyasarkan sebarang peningkatan memandangkan pergolakan yang berlaku di negara-negara terbabit.

Katanya, beliau berharap jumlah kedatangan para pelancong dari Asia Barat dapat dikekalkan pada tahun ini.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...