Sekurang-kurangnya 50 cedera, bangunan runtuh gempa bumi di Aceh - pakdin.my

gempa-aceh-130702

LAMPAHAN (Indonesia): Sekurang-kurangnya 50 cedera manakala beberapa bangunan runtuh dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 yang menggegarkan barat laut wilayah Aceh di sini, hari ini.

Menurut Agensi Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu dikesan berpusat pada kedalaman 10 kilometer yang terletak 55 kilometer dari Bireun dan 72 kilometer di tenggara Reuleuet.

“Kami sudah menerima kira-kira 50 orang untuk menerima rawatan akibat cedera apabila dinding rumah mereka runtuh,” kata Ema Suryani, seorang doktor di sebuah klinik di Bandar Lampahan, di Daerah Bener Meriah.

“Kecederaan yang dialami dari luka sehinggalah patah tulang,” katanya kepada AFP.

Beliau berkata, penduduk yang cedera itu adalah dari beberapa perkampungan yang dibawa menerusi dua trak ke klinik berkenaan.

Sementara itu portal berita Acehkita.com, gempa dapat dirasakan di Banda Aceh, Aceh Besar, Pidie, Pidie Jaya, Aceh Utara, Lhokseumawe, Aceh Timur, Langsa, hingga Aceh Barat Daya.

Di Banda Aceh, orang ramai bergegas keluar dari rumah dan bangunan pejabat berikutan gegaran berkenaan.

UTAMABERITASekurang-kurangnya 50 cedera, bangunan runtuh gempa bumi di Aceh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium