Sekurang-kurangnya 6 laporan polis dibuat terhadap tinjauan lucah online babit asatizah

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Indekos diduga tempat prostitusi digerebek di Jakarta Timur

Sudah langsung kita segel, sekarang masih proses penyelidikan Jakarta (ANTARA)...

Polisi gadungan gunakan pelat palsu ditetapkan sebagai tersangka

dijerat dengan Pasal 263 KUHP tentang Pemalsuan Surat dengan...

‘Herd Immunity’ Not Relevant if Virus is Endemic – Khairy

National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) Coordinating Minister Khairy...

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya enam laporan polis sudah dibuat berhubung tinjauan online lucah yang menghina 17 asatizah wanita Singapura.

Salah seorang daripada mangsa tersebut mengesahkan kepada BERITAmediacorp hari ini (28 Mei) bahawa sekurang-kurangnya lima daripada mereka sudahpun memfailkan aduan polis sejauh ini. Selain itu Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) semalam (27 Mei) juga sudah membuat satu laporan polis.

Antara mangsa yang memfailkan laporan polis ialah Ustazah Nur Nasuha Hairodin yang gambar-gambar serta nama beliau dipaparkan dalam undian jijik yang bertanya – ‘Ustazah mana patut kena gangbang?’ yang merujuk kepada perbuatan merogol beramai-ramai. Pendedahan catatan menerusi media sosial MeWe itu menimbulkan kemarahan banyak pihak dalam masyarakat Muslim tempatan.

Dalam wawancara eksklusif bersama BERITAmediacorp, asatizah berusia 25 tahun itu memberitahu bahawa beliau “sangat-sangat terjejas dari segi mental dan emosi” ekoran kejadian itu.

Selain menjadi mangsa kepada tinjauan lucah itu, gambarnya yang diambil ketika tidak bertudung juga dimuat naik ke wadah MeWe. Sebenarnya, menurut Ustazah Nasuha, gambar itu tidak pernah beliau muat naik ke mana-mana platform.

“Saya hanya memindahkan gambar tersebut dari kamera kepada Macbook saya. Tapi beberapa hari sebelum saya dapat tahu tentang kejadian tersebut, saya dapat notifikasi bahawa terdapat beberapa ‘login’ yang dibuat dari peranti-peranti yang bukan milik saya,” jelas Ustazah Nasuha.

Namun, beliau kurang pasti sama ada penggodaman berlaku dan jika itu merupakan punca gambarnya ketika tidak memakai tudung itu dikongsi. Yang pasti, gambar tersebut dikongsikan oleh dalang dalam laman MeWe itu.

MUIS beri bantuan kaunseling buat para mangsa

Ditanya secara langsung dalam wawancara siaran BERITA televisyen jam 8.00 malam menerusi saluran SURIA, bagaimana khabar beliau sekarang, Ustazah Nasuha berkata beliau “sedang mengatasinya dengan baik”.

“Saya sangat-sangat terharu dengan sokongan dan dorongan yang kami dapati daripada ahli keluarga kami, daripada asatizah-asatizah dan rakan-rakan kami. Alhamdulillah,” ujar siswazah Universiti Al-Azhar berusia 25 tahun itu.

BERITAmediacorp difahamkan bahawa 15 daripada 17 mangsa tinjauan lucah itu sedang berkumpul untuk saling memberi sokongan antara satu sama lain.

“Sebenarnya kumpulan ini berfungsi sebagai ‘support group’ untuk kami kerana setiap daripada kami menangani situasi ini dengan cara yang berbeza. Jadi ia menjadi wadah untuk kami memberi semangat kepada satu sama lain,” kongsi Ustazah Nasuha yang bertugas sepenuh masa sebagai karyawan jaminan muti di sebuah syarikat swasta dan mengajar mengaji secara bebas.

Beliau juga berkata bahawa MUIS juga memberi bantuan kepada para mangsa dengan menyediakan sesi kaunseling secara berkumpulan dan individu.

Ditanya bagaimana reaksi daripada suami dan keluarganya memandangkan beliau menjadi mangsa perbuatan lucah itu, ini jawapan ustazah muda itu:

“Alhamdulillah, suami saya adalah yang pertama yang mendorong saya untuk membuat laporan polis. Dia juga yang memberi saya semangat untuk menghadapi situasi ini dengan lebih tenang. Alhamdulillah, keluarga saya juga turut memberi sokongan dan memberi saya respons yang positif,” jawab Ustazah Nasuha.

Yang pasti kesediaannya untuk bersuara dan diwawancara secara terbuka dan secara langsung menerusi televisyen menunjukkan keazamannya mahu masyarakat menangani isu ini dengan tuntas.

Beliau juga mahu keadilan ditegakkan bagi kesemua mangsa dan berharap masyarakat dapat mengambil iktibar daripada kejadian ini agar berhati-hati dalam apa yang dimuatnaikkan ke internet.

“Saya juga sangat-sangat berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran bahawa gangguan seksual tidak kira jika ia dilakukan kepada asatizah mahupun masyarakat setempat, ia adalah perkara yang perlu diambil berat dan perlu ditangani dengan serius,” tegas Ustazah Nasuha.

– BERITAmediacorp/ha

BACA juga:

Leave a Reply