Sekurang-Kurangnya Tiga Terbunuh Insiden Bas-Kereta Bertembung Di Sabah - pakdin.my

kemalangan-bas-kereta-jalan-tamparuli-ranau

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang bertembung dengan sebuah kereta dan terjunam ke dalam gaung.

Kedua-dua kenderaan itu terjunam kira-kira 30 meter ke dalam gaung di jalan utama Kiau-Ranau kira-kira pukul 3.45 petang Selasa.

Tiga mangsa yang terbunuh itu dipercayai adalah penumpang kereta berkenaan.

Pasukan penyelamat di tempat kejadian berkata berkata sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak kematian.

Kejadian berlaku di simpang berhampiran Kampung Kiau iaitu kira-kira 70 kilometer dari sini.

Pemangku Ketua Polis Kota Belud, Asisten Superintendan Jaujani Jubin mengesahkan kejadian itu dan berkata mereka sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.

kemalangan-bas+kereta-jalan-kiau-ranau 2

Bas itu dikatakan dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu.

kemalangan-bas+kereta-jalan-kiau-ranau 1

UTAMABERITASekurang-Kurangnya Tiga Terbunuh Insiden Bas-Kereta Bertembung Di Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium