Selamat Tahun Baru 2014, Kerajaan Masih BN - pakdin.my

guling-lesu

IMPIAN Anwar Ibrahim nak menjadi Perdana Menteri malam ini nampaknya tertangguh lagi. Beruk-beruk Anwar di Dataran Merdeka gagal menumbangkan kerajaan seperti yang diharap-harapkan.

Yang berjaya dilakukan beruk-beruk Anwar di Dataran hanyalah menghentikan konsert yang sedang berlangsung, guling kerajaan? Itu tidak berlaku sama sekali, kerajaan masih lagi kerajaan BN.

Membuktikan pendekatan semacam itu tidak diterima rakyat dan bantahan mereka sendiri tidak dapat sambutan dari majoriti rakyat Malaysia.

Penulis dimaklumkan, ada di antara orang ramai yang hadir untuk menyaksikan konsert tersebut, pulang kecewa akibat gangguan yang dilakukan oleh beruk-beruk Anwar yang cuba juga merempuh masuk ke Dataran Merdeka entah tujuan apa.

Bagi mengelakkan kemalangan dan sebarang kejadian tidak diingini di kalangan anak-anak kecil yang datang bersama ibu bapa masing-masing, pihak keselamatan negara bertindak bijak dengan tidak membuat sebarang tindakan balas.

Apa pun nak kata, keselamatan orang awam yang tidak ada kaitan dengan himpunan tersebut perlu dielakkan, nanti kalau ada yang buruk berlaku, kerajaan juga yang akan dipersalahkan.

Untuk perkara tersebut, penulis ucapkan tahniah kepada pihak polis.

Bagaimanapun, ketika artikel ini sedang ditulis, beruk-beruk Anwar masih lagi belum bergerak keluar dari kawasan Dataran Merdeka. Pemimpin parti yang mengambil alih perhimpunan yang sepatutnya bebas dari pengaruh politik ini, memberikan masa sehingga pukul 1 pagi sebelum bersurai.

Penulis juga ucap tahniah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang berani naik ke atas pentas mentarbiahkan semua beruk-beruk Anwar berkenaan. Bukan sebarang orang boleh buat macam itu tu.

UTAMABERITASelamat Tahun Baru 2014, Kerajaan Masih BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium