25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Selamatkan Malaysia! – Kabel internet dasar laut Google dan Facebook tidak melibatkan Malaysia

Saya terima penjelasan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong bahawa Facebook dan Google tidak melibatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut tiada kaitan dengan dasar kabotaj kerajaan PN terhadap kapal asing yang melakukan kerja pembaikan.

Namun realitinya ialah kedua-dua FB dan Google adalah gergasi internet dan keputusan mereka untuk hubungkan negara Indonesia dan Singapura secara terus melalui projek kabel dengan kos berbilion-bilion Ringgit akan merugikan negara dan hasrat kita untuk menguasai ekonomi digital.

Pelabur-pelabur asing dalam sektor digital akan lebih cenderung pada negara-negara jiran sekiranya kita dipinggirkan.

Jadi, segala usaha perlu dijalankan kerajaan PN untuk meyakin dan menarik syarikat-syarikat internet gergasi dunia untuk melabur dalam pusat-pusat data di Malaysia seperti apa yang kerajaan BN dulu buat dengan Alibaba dan untuk menghubungkan negara melalui projek kabel internet laju.

Jangan negara kita ketinggalan dan dipinggirkan dalam dunia ekonomi digital.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.